Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa[91:8]
This is picture is taken a year before. Left only a few days before entering a new year again.
Perubahan.
Setakat ni, selain perubahan kebuncitan perut, muka tambah jerawat, makin tambah gelap dan manis, makin ramai peminat, makin cun....
What do you think you have changed?
What kind of changes you made?
Adakah anda masih sama macam 2 tahun lepas?
Masih dalam jahiliyah yang sama?
Masih buntu bagaimana mahu lari dari jahiliyah yang sebati dengan diri lagi?
Atau..
Anda masih sama.
Anda masih sama.
Atau...
Anda tak sedar yang sebenarnya anda perlu berubah?
Yang lebih mengasihankan...
Adakah perubahan itu hanya manifestasi semangat adakala naik dan turun sahaja?
Adakah perubahan itu juga semata kerana pengaruh sekeliling?
Atau...
Perubahan yang telah dilakukan itu tidak semata untuk mendapatkan redha Illahi?
Bukan kerana perubahan untuk mengejar populariti.
Bukan kerana perubahan untuk mendapatkan sesuatu manfaat duniawi semata.
Bukan kerana perubahan adalah jalan yang dilihat seperti mudah dan senang.
Bukan.
To change, you need a lot of effort.
Semua orang mampu berubah, tapi tak semua yang mampu kekal dan istiqamah terhadap perubahan yang dilakukan.
Siapa kata jalan untuk berubah itu mudah?
Mengorbankan apa yang yang disukai.
Mengorbkankan jiwa dan perasaan.
Mengorbankan naluri remaja yang mahu merasai keseronokan duniawi.
Mengorbankan segala kemudahan semata untuk merasa kesusahan.
Jika begitu, soal diri, tanya Iman...
Kenapa kamu perlu berubah?
Untuk apa?
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [57:28]
Semoga kalian mendapat umur yang berkat. Bukan dinilai dengan berapa lama anda hidup, tapi bagaimana anda menggunakan umur anda itu sebaik mungkin.
1992-2013
Masih ada lagikah aku tahun depan?
Moga kalian syahid.
Jazakillah Wawa, naik terharu akak sebenarnya. Gambar ni dah lama niat nak edit tapi sebab akak memang malas dan tak minat dalam photographing, so buat taktahu lah. Dan terharu sebab, what u did mention in the picture is what really I meant to say. Wah, ada telepati la.
2 comments:
Ngeee memang kuat signal bluetooth kite kannn :D :D tu lahh kiter suke edit2 gambo nehh then terharu sangat lahh sbb letak kt blog tu kikiki.btw ohsem photo. pandai akak posing Ngee~
Haha. posing ke benda gitu. takat pandang belakang, semua orang boleh buat. lagi2 model yang rupa biasa mcm akk. ahaks. rindu kat wawaaaaa. esok jumpa yo.
Post a Comment