Jarangkali aku tidur selambat ini. Entah mengapa, terasa gatal pergi minum kopi tadi. Dek terasa bersalah banyak sangat tidur di siang hari. Hari ni jugaklah Felo blok nak jumpa Ketua Blok dan cerita macam-macam...
Setiap kali terbangun pukul 4.30, aku akan tidur balik walaupun dah kunci jam dan dah niat nak bangun tang tu. Serius, aku tak berani. Masih penakut. Bukan pada H, tapi pada M yang perangai seperti B. Maaf, sedikit kesat. Aku sendiri tak paham. Mengapa si pencuri nak mencurik? Ya, aku tahu ini kolej di tengah-tengah KL. Tapi pelajarnya bukannya orang bandar yang loaded. Cuma ada laptop untuk buat esaimen, henfon dan duit-duit untuk beli Laksa Penang di kafe.
Serius, aku menahan perasaan diri yang minum air terlalu banyak. Kesan caffein, dehydrated. Barangkali.
"Eh akak lagi lah takutkan kak, bilik akak dah lah single. Eh, bilik akak takde selak? Bilik kitaorang ada selak tapi dah 2-3 hari tombol tu terbukak"
Aku kecut perut bila dia cakap macam tu. Ohoi, aku manusia. Perempuan pulak tu. Siapa tak kecut, aku masih ada hidup perlu diteruskan.
Allah, aku hanya ada Kau untuk melindungi aku, Aku hanya berlindung dari Syaitan direjam dari manusia yang berfikiran jahat. Allah, aku benar-benar bertawakal padaMu. Allah, selamatkanlah aku dari perkara yang membinasakan diri ini daripada perlakuan manusia. Allah, jauhkan aku dari perkara yang membuat aku jauh dariMu. Ampuni aku, ya Allah atas kelalaian diri...
Esok hari isnin. Minggu depan dah start exam. Bitaufiqwannajah buat semua. Cuti banyak kerja nak buat. Kak Ai Z dah bagi recording suruh habiskan. Banyak weh. Sobs. Rindu Kak Iz, Iman dah low dah ni. Mohon untuk usrah ada minggu ni. ;(
No comments:
Post a Comment