Monday, 17 December 2012

hutan belantara itu tidak aku sukai

Bukan niat ingin menukil coretan di malam hari kerana punya masa yang banyak. Bukan kerana tiada kerja yang dilakukan. Malah, makin peperiksaan hampir tiba, makin banyak esaimen, lab reports, presentations kena buat. Bukan hanya jurusan Dietetik UKM Kampus KL sahaja tapi tanya lah rata-rata mahasiswa di U ni, macam tu lah. Usah nak merungut. Walaupun hanya esaimen, Allah tidak pernah akan membebankan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung, peringatan oleh Mak.

Ini cerita dua hari lepas.

Aku memang tak suka masuk hutan. Aku tak suka jungle trekking. Persamaan mudah adalah, aku tak suka buat kerja berat yang akan memenatkan. Dengan badan aku yang duduk 2 jam depan laptop pun mudah letih, sakit belakang, kaki lenguh, tangan rasa sengal, apa tah lagi nak masuk hutan. Daki bukit, merentas sungai. Kalau orang ajak aku nak mendaki gunung, sah aku orang pertama akan tarik diri. Dulu, pernah ada cita-cita nak naik Broga. Selepas tu dah tak minat sebab dah pernah pergi Kem BrotherHood anjuran UM masa aku first year akt UKM. Entah, lepas naik bukit kat sana, aku rasa macam penat dan lelah yang ergghh yang buat aku taknak dah naik mana-mana bukit. Naik lif aku nak. Sempat aku pesan dengan Kak Iz seminggu sebelum MK01 tu,

"Kak Iz, saya ni takboleh nak buat aktiviti lasak".

"Sofia ada asma ke?"

"Haah.(alasan. padahal dah lama tak pakai inhaler, tak kronik langsung)"

"Takpe, kita ada war games, awak takpayah naik hutan tu".

Ohoi gembhira bukan main aku. Hihi. Tapi masa hari kedua MK tu, kak Iz tanya pada ramai orang,

"Siapa yang ada penyakit, atau takboleh masuk hutan?"

Dan aku yang beratur di barisan paling akhir mendiamkan diri. Antara keliru, percaya tak percaya aku akan masuk hutan.


Aku bukan nak cerita perjalanan empat jam masuk hutan tu. Itu tak penting. Tapi, aku memang terkesan dengan apa yang telah Allah ilhamkan pada aku masa ketika dalam perjalanan, kasut yang menyejuk dek kerana banjir air dan pasir telah berlaku dalam kasut. Menggigil. Tanah yang basah kerana baru sahaja lepas hujan. Orang yang dah biasa masuk hutan, tak heran pun dengan benda-benda gini. Dan sempat lalu air terjun yang...bukan dalam gambar...ini...sungguh...hebaaaaaatt. Subhanallah. Serius. Perasaan tak mampu diungkap dengan kata-kata. Maaflah, aku excited kejap. Entah, itu adalah pengalaman yang bukan sahaja best malah sangat sangat sangat hebat untuk dijadikan amalan. Sungguh, selepas pulang dari hutan itu, kaki aku fragile ni, tak rasa sakit atau lenguh seperti biasa. Mungkin berkat jogging 2 hari sebelum g MK kat Tasik Titiwangsa. Atau, mungkin adalah kerana berkat dan bantuan yang telah diberikan oleh Allah.

Iya, pengalaman pertama solat bersujudkan daun-daun basah serta tanah yang lembab. Bersama semut-semut yang hairan mengapa banyak gempa bumi kecil berlaku ketika imam sujud. Maaf, itu dah biasa dengan orang yang dah pergi hutan. 'Oh, lame la kau bro.'


"Jungle trekking tadi, buat saya nampak secara menyeluruh kehidupan yang kita hadapi. Setiap detik yang dilalui, pasti ada ujian. Dalam hutan tadi, tak habis kena pijak akar pokok yang menimbul. Kasut saya nipis, terasa begitu sakit saat pijak. Ada jugak, kita kena rentas sungai yang airnya yang melawan arus. Saat itu, kita kena berpegangan tangan untuk mengelakkan tenaga yang dirasai akan habis dek penat lawan arus seorang diri. Ada juga saat memanjat bukit, kita perlu berpaut dengan kuat tangan rakan untuk kita berjaya naik. Adakala, kita berseorangan juga, mampu kita daki sendiri bukit tersebut. Kalau kita dibiarkan seorang diri di dalam hutan yang begitu asing dengan kita, pasti kita taktahu mana nak cari jalan keluar, kan? Tidakkan anda berfikir, bagaimana akhirnya kita berjaya kembali ke sini dengan kita taktahu jalan hutannya? Ini adalah kerana kita ada petunjuk yang menunjukkan jalan."

"Macam itu lah hidup, kadangkala kita tak boleh hidup sorang untuk buat semua benda tanpa orang lain. Dan, kita sememangnya ada guide yang diberikan Allah, iaitu al-Quran dan nabi pesan, baginda tinggalkan dua perkara ini, al-Quran dan sunnah untuk kita amalkan. Untuk mengelakkan diri kita dari jadi sesat! Apa jadi kalau kita taknak ikut pakcik yang bagi petunjuk tu? Ha, menangis lah kat situ, dengan handphone yang tak bawaknya."



Wallahualam.


Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
[33 : 41-43]

If only you could understand what I mean. Tak perlu cakap banyak, you are what you think. 

No comments: