Thursday, 6 December 2012

First Love.

Aku adalah orang paling tak layak untuk diminta nasihat.
Lagi-lagi bab-bab cinta.
Mungkin, Allah benar nak aku hadapi perasaan yang satu ni, sebab tu Dia datangkan orang untuk bertanyakan mengenai ini.

Masih segar di ingatan, Ucu tanya Umi,

"Umi, kenapa Ucu ditimpa ujian macam ni? Kenapa orang lain tak pun?"

"Hihi. Sebab suatu hari nanti, bila ada orang datang dengan masalah yang sama, Ucu boleh share pengalaman .."

It has been approximately 2 years before I reverted to Islam.
Saat tu, baru faham erti syahadah yang dari kecik duk belajo tapi tak paham-paham
Masa tu, baru nak dekat dan cuba untuk kenal Tuhan,
Masa tu jugak, baru dapat feel semua ibadah yang selama ni dibuat macam burung kakak tua.
Aje ikut, orang tunduk, aku tunduk. Orang sujud, aku sujud.
Masa tu baru menghargai nilai yang selama ni, aku rasa mati pun lagi bagus.

Suka. Aku suka ingat balik kisah bagaimana titik tolak aku akhirnya kenal Dia.

Kenapa?

Orang kata, masa lampau tak elok kita duduk lama-lama, kita kena gerak ke hadapan.


Si dia hanya penyebab. Sedikit tiada perasaan kecewa kerana pernah melalui saat begitu. Sedikit tiada perasaan dendam pada dia. Allah hantar dia untuk aku kenal diri supaya aku kenal Tuhan. Bukan sebab dia, aku berubah. Bukan, tapi sebab hidayah itu Dia yang hadiahkan.


Kadang-kadang, bila masa kita jadi goyah, bila takde orang boleh tolong nak nasihatkan kita, bila kita dah taktahu nak cari balik diri yang hilang kejap tu, memang sangat elok bila kita boleh ingat kisah cinta pertama kita semula.

Kerana kisah cinta ini, akan menguatkan apa yang lemah, akan memperingatkan diri supaya kita teruskan juga perjalanan ni walaupun payah, walaupun pahit.

"It's good to feel guilty towards the sin you made, because it's the sign that He really wants you back"

"He wants you back!"




Membuka kisah lalu, cerita lapuk, tapi perasaannya masih segar. Bagaimana keadaan yang gelap, mata yang buta, telinga yang pekak, hati yang mati akhirnya mendapat sumber cahaya sikit demi sedikit. Sungguh, itu pertama kali perasaan yang begitu indah dirasainya.

Makin menguatkan azam dan tekad, makin kukuh pendirian, makin hebat genggaman tangan pada jalan ini.


Untuk awak,
You can change, dear.
Azam kena kuat,
Kekuatan tu takkan datang dari orang lain kecuali diri sendiri,
Dan, tanpa izin Allah, kekuatan diri pun tak dapat nak keluar.
Nak taknak, kena juga minta dari Dia.
He is the best solution,
I'm just a medium for you to start communicate with Him
Hidayah Allah tu umpama air hujan..
Dia beri pada semua,
Ada orang akan hanya tengok dari tingkap,
ada orang akan ambil mangkuk untuk tadah,
ada yang ambil gayung, ada pula yang ambil baldi,
ada juga yang ambil besen!
ada juga..yang hanya bermainkan air hujan...
Peluang yang ada ni, jangan dilepaskan, 
Rasa yang dah ada ni, jangan ditangguh,
Takut, jika terlepas,
peluang akan hilang, perasaan akan berubah.
Teruskan.
Apa perlu buat?
Seek Him in your heart.
Ask yourself, why do you need to change?
Alasan kena kukuh kenapa nak berubah.
Kerana itu menentukan jarak perjalanan kita yang saaangaaaat panjang ni.
Taubat sebenarbenar taubat,
Mohon doa pada Allah untuk keluarkan diri dari kegelapan yang dirasai,
Teruskan berdoa untuk tunjukkan jalan!
Hayati bacaan alfatihah, Ihdinassiratal mustaqim!
Mohon dan mohon.
InsyaAllah, di mana ada keazaman, di situ Allah tunjukkan jalan.
I'll always be there with you as long as Allah's will.



2-3 hari ni mood tak menentu. Bak kata Fariha, seperti awan mengerti apa yang dirasai. Terik di siang hari, mendung di petang hari. Sepertinya aku. Dengan ramai, riang. Bila sorang, entah. Masih belum menemui jawapan atas kemendungan yang berlaku pada diri. Kadang-kadang kita tak perlukan sebab kenapa jadi macam tu, jadi macamni, cukuplah kita sedar mengapa dijadikan macam tu. Tahulah kita, Dia rindu kita. Dan dalam pada tak sedar, kita juga rindu Dia.  Alhamdulillah alal kulli hal. Entah sejak bila suka bebel balik. Hakhak. Kerja sangat banyak. stamina kurang. Saya nak tidur. kur kur kur. hihi.

No comments: