Tuesday, 11 December 2012

Hanya kerana.....


"Daripada Mu’az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. 
Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. 
Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur’an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). 
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya
Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! 
Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. 
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? 
Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! 
Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! 
Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? 
Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu’az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda – dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka. (Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)”
(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)
Hanya kerana lidah, sibuk mana kamu berdakwah pada orang, hebat mana kau beri nasihat untuk kawan, lama mana kau sujud pada Allah, tapi jika kau tak jaga satu perkara ini, semuanya sia-sia. Ini bukan benda kecik. Banyak benda yang kita rasa remeh mulut kita buat tapi beri kesan yang amat besar pada diri. Jangan sampai ia makan diri balik. Makin banyak cakap, makin banyak silapnya. Makin banyak silap, makin terbukak keaiban diri. Makin terbuka keaiban diri, makin nampak diri kita ni sebenarnya tidak mencermin ciri-ciri seorang muslim. 
Allah...
Ampuni aku...

No comments: