Wednesday, 6 March 2013

Repetitive Test.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji ? [29:2]

Apabila kita beriman dengan ayat ke 2 ini dalam surah al-Ankabut, kita sepatutnya menjadi lebih bersedia untuk diuji. Namun, tahu tak sama dengan faham, faham tak sama dengan hayati, hayati tak sama jika benar-benar perkara itu berlaku. Beriman. Bukan hanya mulut pandai berkata-kata, tetapi juga faham di dalam hati serta mengamalkan dengan tubuh badan. Tidak dipanggil beriman jika hanya satu komponen yang wujud dan yang lain-lan tiada.

Ini semua tahu. Kita semua sudah belajar perkara asas ini sejak darjah 6. Malah, kita hafalnya suntuk lulus dalam ujian PEKA Pendidikan Islam di sekolah rendah. Tetapi kadang-kadang perkara basic macamni lah seringkali kita lupa. Sebab itu selalu kita selalu tersilap faham dan menyebabkan langkah seterusnya seringkali tersilap.

Adakala apabila kita rasa kita seakan letih dengan ujian yang diberi dan seraya berkata, 'Dah lepas ujian yang satu ni, datang pula ujian lain' atau 'bilalah ujian ni nak habis?'. Hakikatnya, kembali kepada ayat surah tadi, jika kita benar beriman terhadap ayat ini sepatutnya memberi impak yang besar terhadap pemikiran dan mind-set kita. Hal ini akan membuatkan kita lebih tenang kerana memikirkan, tiada tempat rehat buat seorang Mukmin itu selain di syurga kerana dia sepatutnya faham kehidupan dia memang semata-mata untuk diuji. Melihatkan tahap kecintaannya, kesabarannya, ketabahannya, kekuatannya, semangatnya dirinya untuk cinta yang dia kata hanya pada Tuhan. Bukan sekadar manisan di bibir, menanam tebu di bibir dan hanya manifestasi cinta palsu pada  dada FB dan twitter mahupun di blog, 'Aku cinta Allah'. Sungguh, Allah bukan sahaja tahu apa yang kita ucapkan malah Dia tahu apa yang hati kita berkata-kata. Cuba bayangkan, kita cakap di luar tak kongruen dengan apa yang di hati? Tidakkah malu nanti? Cakap tidak serupa bikin.



Selain itu, dia perlu merasai setiap detik yang berlalu adalah ujian. Hatta diberikan ujian kesenangan sekalipun, mahupun ujian kesusahan. Malah, dia sepatutnya berasa rindu untuk diuji dan tidak senang duduk jika hidupnya tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah dia sedang memandu kereta dan tidak mendapati apa-apa sepanjang jalannya dan akhirnya menyebabkan dia berasa ngantuk serta bosan dan terlelap! Dia rindu untuk merasai jalan yang bengkang-bengkok, jalan yang banyak lopak-lopak air, jalan yang banyak bumper-bumper besar dan membuatkan dia akan sentiasa berhati-hati dan menekan brek untuk mengelakkan bumper keretanya rosak. Jalan-jalan yang membuatkan dia tidak terasa ngantuk! Jalan yang membuatkan dia  sentiasa tersedar. Tak sempat nak tersengguk sudah dikejutkan. Dia mahukan yang itu.



Kadang-kadang, aku perasan aku macam superheroin dalam drama cerita sendiri. Di mana setiap minggu akan ada drama bersiri yang masalahnya pasti berlainan. Ada jugak masa rasa nak catat setiap ujian untuk setiap minggu. Mungkin ujian kita semuanya berbeza. Kau rasa ujian dia macam senang je dia nak hadapi, padahal dia dah penuh peluh berkeringat berusaha separuh mati. Aku pulak rasa ujian kau tu macam laaa takkan itu pun kau nakk sedihh kotttt???!!! Tapi aku taktahu macamana kau hadapi dengan penuh ketabahan kerana itu adalah kelemahan kau yang Allah nak ajar bagaiman kelemahan itu menjadi kekuatan buat diri kita.

Ada masa jugak, Dia akan beri ujian yang sama! Laah, ni kan dah penah berlaku nihh? Awatnya aku ni still buat kesilapan yang samaa???!! Memang. Seorang Mukmin itu tidak sepatutnya jatuh ke lubang yang sama buat kali keduanya. Kau tanya aku, habis...dah tobat tapi duk buat salah sama apa gunaaaa broo?! Hm. Itu antara kita dengan Allah. Tapi takkan dah buat dosa lepas tu nak lari je dari masalah. Konon nak lepas diri sebab takmahuu rasa bersalah, maluu kononnn nak hadap Allah..kita ni jahil...hina..bla bla bla...Pastu runaway without saying sorry to Him? It's rude. Hadaplah Dia dengan muka kita tercalit seribu satu tanda dosa kita sekalipun, hati penuh hitam dek kerana dosa, hadaplah dan minta dengan Dia untuk diampunkan. Siapa kita nak pertikaikan keampunan Allah? KeampunanNya lebih besar dari kemurkaanNya. Hm. Aku rasa cam susah je nak mintak ampun. Dosa aku besar bro, kau taktahuu. Besar mana, jelek mana, hina mana pun dosa kita...Dia tahu jugak..apa salahnya..dalam keadaan tengah rasa berdosa, teruslah jumpa Dia direct, mintak Allah bantu untuk kuatkan hati untuk berusaha memberus dosa-dosa ini. "The best sinner is those who repented to Him". Yeah, it's not easy. But by the hardness we will appreciate the feel of being an a'bid. Dan salah yang sama kita buat tu, tak lain tak bukan sebab Allah takmo kita ni lepas dari ujian yang Dia berikan takat cukup makan, setakat  lulus. No, He chose the one that He wanted to give an A's result. Dia ulang-ulangkan ujian itu supaya kita yang dipilih mendapat training khusus ini semata untuk mendapat score yang cemerlang! Mencapai KPI yang telah Dia letakkan. Subhanallah....

Allah sentiasa uji kita dengan perkara yang paling dekat dengan kita.

Allah akan beri dugaan sesuai dengan kemampuan kita.



Allah memang kadangkala sengaja memberi hambatan yang melibatkan titik kelemahan kita. Sebab Dia tahu, dengan cara yang susah, perit, payah, peluhpeluh hambaNya yang seorang ini akan belajar sesuatu. Bukan belajar sekadar menjadi asam garam kehidupan seharian untuk dijadikan pengalaman dan cerita kepada cucu-cicit betapa hebatnya neneknya itu menghadapi kehidupan zaman dolu, zaman generasi Y. Tidak. Bukan itu. Tetapi untuk kita belajar erti keimanan, erti keikhlasan, erti takut dan harap hanya padaNya, dalam beramal dan bercucuk tanam di dunia untuk dituai di akhirat kelak. Itu sahaja.

Tak habis habis duk cerita pasal ujian. Takde modal lettew. 

Say what you want to say, but what to do, this is our life is about!

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa ,lagi Maha Pengampun [67:2]

Bosan dahhh aku nak bacaaaa kau bebel benda yang sama tiap kaliii duhhhhh.

Allah berulang kali ayat-ayat yang banyak cerita sama. Hm. Tetapi kenapa kita masih begini? Masih degil dan malas? Seolah-olah buat-buat tak paham. Lalala~~ Macam tu ka?

p/s : Apa yang kita nasihatkan pada orang lain selalu akan datang balik pada kita. Saat itu akan teruji semula apa yang kita cakap pada orang. Perit bhai!

1 comment:

Anonymous said...

Allah2... Post ni dibaca pd ketika hamba sedang diuji...
Moga Allah permudahkan segala urusan enti dan hamba juga allahumma aamiin :')

Tolong doakan hamba ye :)