Sunday 19 May 2013

Berterusan. Basic. Rindu

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, [67:2]

"Allah tidak melihat pada kuantiti amalan tetapi kualiti"

Kenapa Allah takmahu amalan yang banyak banyak banyak tetapi Allah insists Dia lagi suka amal sedikit tapi continuously. Padahal bukan bagus ke kalau buat amalan banyak-banyak lagi2 bila mood high in spirit tu tengah peak kan. 

Kenapa Allah lebih memandang pada kualiti berbanding kuantiti? Yang TERbaik, bukan yang TERbanyak. 

Ok, soalan ni semua orang boleh jawab la kan. "Duhh, senang kacang je bro. Sebab nak amalan kita diterima dan dapat pahala laaahh"

Literally, right.



Tetapi ada maksud yang lebih dalam MENGAPA, KENAPA Allah suka amalan sedikit tapi berterusan. Dengan rasa rendah diri, saya ingin berkongsi beberapa pendapat sendiri yang diilhamkan oleh Allah untuk share ini.

Antaranya adalah:
  1. Iman itu bersifat yazid wa yankuz (naik dan turun)
    Iman kita bukan seperti Malaikat yang sentiasa consistently sama, Iman kita juga bukan pada tahap para Nabi dan Rasul yang sentiasa meningkat. Iman kita naik turun. Ada masa bila Iman kita tengah dalam keadaan high, memang semua amalan kita boleh buat! Petik jari je, selepas solat fardhu mesti rasa nak solat sunat ba'diyah, pastu tambah dengan tadabbur alquran 2-3 page. Dalam tengah naik Iman tu, mintaklah tolong apa-apa..semuaaa boleh! Tapi bila Iman tengah jatuh, jangan kan nak bukak al-quran nak buat solat fardhu pun rasa berat semacam. Tengok rupa dari jauh macam zombie berjalan (memang hiperbola), nak senyum pun payah semacam. [Padahal sebenarnya bila Iman tengah jatuh, kita takkan dapat gambarkan oleh riak muka kita. Hanya orang tertentu yang dapat baca perubahan perilaku serta amalan akan dapat detect].
    Jadi, Allah taknak kita buat amalan yang banyak banyak banyak hanya masa Iman kita high je tapi juga masa tengah lemah Iman. Barulah Graf kita tak jadi naik turun drastik sangat tapi akan dapat graf yang naik turun tapi sentiasa dalam keadaan meningkat. Pahe dop, kawe?
  2. Allah nak betulkan niat kita. Lillahitaala au lisemangataala?
    Dalam kedaan naik turun iman yang kita bincang tu juga, Allah tokmboh kita buat amalan semata masa keadaan semangat. Macam tu, tak silap2 niat kita hanya untuk buat sesuatu amalan tu hanyaaa sebab ada mood, ada semangat, ada kesenangan, ada kelapangan semata. Padahal hidup ni tak sentiasa mudah, langit tak sentiasa cerah pasti akan ada hujan, ribut, taufan, tsunami, el nino yang akan menimpa hidup kita walaupun kita takkan sangka. Habis masa ribut melanda, dah jadi down Iman, takmahu berusaha? Jadi kita buat hanya sebab kita semangat je?
  3. Bagi menjamin konsistensi, istiqamah, continously.
    "Semua orang boleh berubah, tapi tak semua orang yang mampu kekal istiqamah dalam perubahan tersebut". Mengikut kata Kapt. Dr Zakiah (2010), kunci untuk berjaya adalah istiqamah. Bukan sahaja usaha yang kita canangkan menjadi tangga kejayaan. Kita pun dah biasa dengar kisah dua beradik yang berlainan sifat, seorang beramal seperti ahli syurga manakala seorang lagi beramal seperti ahli neraka tetapi akhirnya berubah takdir di saat kematian mereka. Kisah ni tidak pasti kesahihan ceritanya tetapi mari kita ambil pengajaran daripada kisah tersebut. Aneh bukan, padahal berpenat lelah yang baik itu berusaha menjadi baik tetapi gagal di saat akhirnya. Kasihan. Anis Matta ada menceritakan dalam sebuah artikel di majalah Tarbawi, "Kejayaan seorang Mukmin itu dilihat pada akhir kisahnya, bukan pada permulaannya". Maka, bagi menjamin keberadaan kita untuk terus istiqamah memang memerlukan usaha, effort yang sangaaaat banyak. Bukan mudah, tetapi itulah kerja kita di dunia, untuk menguji tahap kesanggupan kita. La, kata cinta Allah, tapi bila bab susah je, lari dari Dia? Ehe.
  4. Untuk terus melatih dan mentarbiah diri kita.
    Perjuangan kita di dunia ini tiada penghujungnya, tiada rehat sehinggalah kita bertemu Allah di syurgaNya kelak (Amin), dalam pada itu, Allah ingin mendidik diri kita untuk terus mengasah diri kita menjadi lebih kuat, kompeten, mukmin yang berjaya dan tidak lemah. Proses penajaman diri kita memerlukan masa yang sumpah panjang. Bukan hanya ikut program 2-3 hari dah setel. No way, man. It takes time. Proses yang memakan masa. Dan bukan mudah pun untuk terus berada dan kekal dalam perubahan tersebut. Dengan amalan yang berterusan inilah sepatutnya akan membuatkan diri kita masih terus berada di jalan ini.
  5. Ujian penapisan?
    When someone said to me, "Syurga tu kecik ja". I was really felt insulted. Seolah-olah memperkecilkan kuasa Tuhan, Allah tu kan pemurah takkan Dia nak buat kecik ja? Tapi bila fikir panjang, maksud insan tu adalah, memang semua orang boleh masuk syurga, tetapi ada kriterianya. Yang beragama Islam, tetapi tak semua yang akan masuk syurga, yang terpilih, yang kompeten enuf yang benar-benar berusaha bersungguh-sungguh lillahitaala kerana cintanya pada tuhannya, hanya yang itu yang benar akan masuk syurga. Dalam kehidupan seharian kita, Allah akan terus memberi ujian-ujian pada mereka yang dipilih. Nak tengok, lepas atau tak lepas. Sudah tentu yang terbaik sahaja akan diberi ganjaran. Macam proses interview lah. Orang yang result upsr, pmr spm, asasi, degree A memanjang je kan akan diletakkan list nombor satu.
    Maka, Dia akan melihat perlakuan diri samada akan terus melakukan amalan secara berterusan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sesak.

Umur baru 21 tahun (menanti bulan Jun) tetapi sudah terfikir mahu berputus asa dalam jalan ini. Ingat senang ka nak terus tanpa ada support system yang kuat? Takde kawan yang akan duduk di sebelah mengingat dan memujuk kita di saat kita benar-benar memerlukan? Takde nasihat direct bila kita buat salah  oleh teman-teman. Barangkali, segala persoalan yang dulu masih belum terjawab kini akan terus tanpa ada jawapan. Mungkin Allah sengaja mahu simpan jawapannya ini sehingga benar-benar diri ini mendapat sesuatu pengajaran yang bernilai. Secara dasar oleh kaca mata seorang manusia yang lupa, seakan-akan Allah meletakkan aku terasa keseorangan. Tetapi tanpa disedari, dari awal hingga kini aku ditarbiyah kan, Dia hantar orang yang hebat-hebat pada aku. Bukan calang-calang orang. Dia beri sesuatu dan Dia ambil sesuatu yang lain. Dia benar mahu aku belajar erti Iman, Cinta, Faham, Syukur dan Sabar. The basic.The very basic.



Semoga antum terus tsabat dan terus berada di gerabak ini sehingga ke syurga. 

Salam rindu,
Hamba yang sedang belajar menjadi a'bid.

Belum sampai masa? Tunggu sampai bila? The man that decide to change in 12th hour dies in 11th?

No comments: