Tuesday 13 August 2013

Tahniah, anda berjaya!

Pasca Ramadhan

"Perasaan kita menghadapi sesuatu selalu akan berubah. Sama juga bila kita nak hadapi bulan Ramadhan nanti, setiap tahun perasaannya adalah berbeza. Mungkin kerana kefahaman kita mengenai kepentingan Ramadhan itu sendiri dah meningkat."

Sejak habis SPM di Maahad, tahun berikutnya aku menyambut Ramadhan pada minggu peperiksaan di PASUM. Semenjak tahun itu, ditakdirkan untuk meraikan bulan tersebut pada minggu cuti sem yang sangat panjang. Diberikan satu peluang yang sangat besar untuk memanfaatkan 1001 barakah dan rahmat pada bulan Ramadhan. Termasuklah pada bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Terus terang aku cakap, tak sama perasaannya menyambut Ramadhan kali ini berbanding semasa di sekolah. Teringat masa zaman sekolah dulu, punyalah paksa diri turun Dewan Makan sebab nanti lapar dan siap kena pakai pakaian lengkap sebab DM sebelah DM Putera(Lelaki), dan iftar bersama satu asrama dan tak lupa tarawikh dalam surau yang sangat panas. Berpeluh. Yang bestnya masa tu kalau dapat ustaz yang baca cepat, kalau dapat ustaz yang meleret.. aduhaaii.. Padahal Imam bukan baca 1 juzuk pun, surah-surah pendek je pun dan buat 8 rakaat je. Ada juga stress masa tingkatan tiga sebab malam ada PREP, tak silap masa tu nak exam trial ke PMR. Zaman tu jugak, dah mula biasa dah dengar khatam alquran pada bulan puasa ni bagus. Siap dulu, siapa yang dapat khatam boleh bagi nama kat Ayah Haji dan boleh dapat hadiah. Dari aku tingkatan 1 sampai 5 aku akan berusaha bersungguh-sungguh nak khatam. Tapi tak pernah berjaya! Padahal dulu bukannya reti nak tilawah dan baca terjemahan. Memang berlari nak khatam, entah tajwid langgar pun buat taktahu.



Bila kenal dengan tarbiyah, barulah faham sebenarnya bulan Ramadhan di hadiahkan oleh Allah untuk kita menyambut serta meraikan al-Quran. Bukan sekadar penyedap di telinga, tapi untuk dijadikan panduan. Bagaimana nak dijadikan panduan hidup kalau dibacanya setiap hari tanpa cuba untuk memahami? Oleh itu, sejak itu baru tahu kepentingan untuk baca maksud ayat al-quran serta memahami dan tadabbur. (Aku baru setahun jagung, hihi, tamhidi lagi okeh). Ada lima hak kita pada al-Quran. Iaitu, baca, faham, hafal, amalkan dan sampaikan. Memang bukan mudah untuk kita yang berbahasa melayu dan tak faham bahasa arab untuk benar-benar menghayati isi kalam Allah tersebut. Tapi itu yang perlu kita lakukan, bagaimana akhirnya pembacaan alquran kita dapat melahirkan satu karakter mahupun sifat yang diajarkan oleh Allah melalui al-Quran tersebut? Teringat seorang akh ada bagi taujihat pasal Qiyamulail (duk ulang dalam phone sbb tak pernah lagi gagal buat aku rasa nak tampar diri laju laju), "Orang biasa baca al-Quran takkan rasa sepertimana orang yang ada tarbiyah yang sedang cuba faham isi kitabullah tu, orang yang ada tarbiyah akan sentiasa rasa berat kerana dia faham apa yang dibaca adalah tanggungjawab sebagai seorang muslim.". Dia yang hidup dengan al-Quran. 

Terus terang aku nak cerita, baru tahun ini aku sedaya upaya untuk meraikan dan merasai nikmat untuk cuba belajar tadabbur sendiri isi al-quran dalam bulan Ramadhan. Namun ada beberapa perkara yang aku belajar dan baru discover. Memang kita tak nak jadi hamba Ramadhani dan hakikatnya kita nak jadi hamba Rabbani. Bagaimana? Dengan kita masih meneruskan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan juga pada 11 bulan yang lain. Istiqamah. Mana nak datang istiqamah ni, kalau niat bukan lillahitaala? Mana nak dapat? Kita mampu nak jaga mutabaah amal atau ibadah seharian kita, tapi kalau niat kita hanya ingin mengisi expectation diri sahaja, bagaimana mahu diteruskan? Memang dalam bulan tersebut, setiap satu amal ibadah sunat ditingkatkan pahala menjadi amalan wajib. Subhanallah, Allah Maha Pemurah. Dan disebabkan karunia Allah yang diberikan khas pada bulan Ramadhan inilah ramai yang bekerja melakukan amal-amal ibadah yang banyak. Tak dinafikan, kita boleh rasa sendiri seolah-olah biah solehah tu memang wujud. Orang duduk dalam masjid sangat ramai, jemaah subuh yang memberangsangkan, orang infaq sana sini, orang hulurkan bantuan pada anak-anak yatim. Kalau bukan pada orang lain, kita sendiri pun. Kalau rawatib tu rasa berat je nak buat tapi bulan tersebut, senang je. Walaupun dalam sedang berpuasa. Kita mampu nak baca al-Quran satu juzuk terus. Kalau bulan lain, mungkin lebih rendah. Hebatnya Allah memotivasikan manusia untuk bekejar-kejaran terhadap ampunan Allah dan membuat amal soleh dalam bulan Ramadhan ni.

Untuk apa? Hanya untuk hambaNya yang benar-benar excel dan menghadapi dan menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan ini untuk mendapatkan ketaqwaan.

Cakap senang weh. Siap kita boleh hafal lagi ayat, "Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan pada orang sebelum kami dan semoga kamu memperoleh ketaqwaan" - [tak refer alquran tapi dah hafal - bukan nak berlagak tapi betapa ayat ini memang 'hidup' dalam diri kita]. Cakap mudah. Ingat senang sangat ke nak dapat ketaqwaan?

Cuba tanya pada diri sendiri...pada waktu Maghrib 1 Syawal, adakah benar-benar kita disambut rasa kegembiraan? Bukan sebab boleh makan ketupat, rendang atau berjumpa ahli keluarga yang dirindui atau boleh main mercun atau yay dah habis puasaaa esok takyaah puasaaaaa. Siapa yang benar-benar merasai kegembiraan menyambut kemenangan mencapai ketaqwaan? Siapa yang dapat rasa? Allahuakbar, aku benar-benar rasa cemburu dengan insan-insan bertuah yang Allah pilih ini...

Untuk yang telah berusaha bersungguh dan mengikut kemampuan sendiri dan masih belum berjaya mendapatkan peningkatan taqwa, transformasi diri dan sebagainya.. Ini adalah masa untuk kita bermuhasabah. Sepanjang perjalanan kita dalam bulan Ramadhan, berapa banyak kali amal-amal soleh serta ibadah yang kita lakukan ini purely hanya untuk Allah? Memang susah nak kira. Either terlalu banyak atau terlalu sikit. Pernah tak ada dalam diri, rasa aku kena buat sebab rutin. Assebab semalam buat gini, rasa bersalah pulak kalau dop buat gitu jugok. Mengisi mutabaah semata, tanpa punya ada rasa cinta. Disebabkan kehilangan rasa cinta, usaha yang kita lakukan itu membuatkan kita lelah dan penat. Letih. Entah mengapa..ini adalah amalan baik, bukan kita buat benda syubhah dan jauh sekali dari benda jahat tapi kita rasa penat... Atas sebab kehilangan cinta inilah membuatkan kita tiada rasa nikmat bertuhan... 

We end up khatam al-quran tanpa penuh makna, kejar lailatulqadar tapi tiada rasa kehambaan dalam setiap sujud yang dilakukan. Malah mungkin rasa bangga, "Woho, setiap malam ganjil aku isi dengan tahajud 8 rakaat dan 3 witir, insyaAllah aku berjaya". Woho kau kata? Seolah-olah kita bangga, kita mampu nak buat ibadah atas kaki sendiri. Padahal, tanpa izin Allah buatlah apa sekalipun kalau Allah tak kasi, tak berjaya jugak! Biiznillah kita mampu membuka mata dan tersedar dari tidur dan terus bangkit dari keselesaan diri dalam beradu. In the end, pada 1 syawal kita rasa kosong. Dan kita tertanya diri, bukan aku dah buat semua amalan-amalan yang banyak patut aku rasa gembira atas kemenangan ini ke? Muhasabahlah semula... We do we do wrongs... mintalah maghfirah dari Allah..diberikan peluang untuk terus merasai diri kehambaan.. There is never too late to improve. We have another 11 months to improve! Keep on improve gradually! 



Inilah tarbiah yang Allah hadiahkan melalui Ramadhan.

Adakah anda berjaya mendapat piala taqwa? Tepuk diri, tanya iman, muhasabah dan buat tindakan selanjut.
Allah is calling you to come home again..



p/s: Jemput datang rumah di Subang Jaya ya pada hari Sabtu ni. :)

No comments: