Wednesday 25 September 2013

Palliative Care

Palliative Care.

Pengajaran oleh Dr Satnha dari PPUKM Nursing Department semalam benar-benar menggamit memori awal tahun hari itu. Approximately, 9 bulan lepas.

Pada awal tahun ini hujung bulan satu. Ketika aku sedang mengambil peperiksaan akhir sem 1 bagi tahun 2. Pada minggu kedua peperiksaan, setelah Mak telah dikeluarkan daripada hospital untuk beberapa hari disebabkan kekurangan darah merah, kami mendapat khabar Atuk Atan telah jatuh dan nazak.

Atuk Atan. He is long live man. Dia sihat seminggu sebelum dia jatuh. Kalau tengok dia, dia masih nampak tegap dan kuat. He died at the age of 91 years old on 18 January 2013. Eight years later after her late wife died also in the first January, Atuk Ne.

Atuk Atan, Atuk Ne, Makteh. (baby tu Mak ke?)


Aku tak ingat hari apa. Tapi malam tu aku balik dengan Yah dan Bema lepas aku habis exam TITAS. Sehari sebelum tu duk langok kat hospital dengan Mak dan tak baca buku. Haha. Semua bergegas pulang ke Tangkak. Sampai ke rumah Atuk, kelihatan ruang lapangan rumah Atuk dipenuhi kereta. Pakcik, makcik, sedara, sepupu, sepapat, cucu, cicit semuanya telah berada di rumah. Saat kami sampai, kelihatan semuanya muka sugul tetapi semuanya tidak menangis barangkali telah terlalu lama menangis sehingga kering air mata. Atuk masih bernafas ketika itu, tapi Atuk nampak sangat susah untuk bernafas. Mulutnya kering dan Pakngah menyudukan sedikit air bagi membasahkan mulut Atuk. Kedengaran suara lantang Mak Nggal mengatakan ini hari terakhirnya, banyakkan berdoa.

25 jam lalu.

Atuk masuk ke bilik untuk tidur dan pada malam itu, PakNgah balik untuuk temankan Atuk. Atuk biasa bangun seawal jam 4 pagi. Tetapi pada pukul 5 pagi, Atuk masih belum keluar bilik. PakNgah dan curiga dan rasa pelik. Jadi PakNgah ketuk pintu bilik Atuk dan pintunya terkunci. Setelah beberapa lama mengetuk, dan tidak mendapat balasan. PakNgah memang syak ada benda yang tak kena. PakNgah terus telefon Iwan, sepupu yang tinggal kat sana. Dan lepas Iwan datang, dah konfirm bila ketuk, Atuk tak bukak, they decided untuk rempuh je. Cemas. Dan saat terbukanya pintu, Atuk dah jatuh atas lantai dari katil. Berdarah-darah. Kelihatan banyak kesan garisan kuku di atas calitan darah atas karpet. Dan Atuk dah tak sedarkan diri. Atuk dibawa ke hospital Muar sejurus mendapat references dari Hospital Tangkak.


Atuk forever kacak.

Doktor kata, takboleh buat apa. Pembekuan darah dalam otak. Terlalu berisiko untuk menebuk bagi mengeluarkan darah beku di belakang kepala bagi pesakit lebih dari 40 tahun. Dan doktor suruh bawak Atuk balik rumah sahaja.

"Yang berdarah bukan sebab Atuk jatuh. Tapi disebabkan pembekuan darah dalam otak yang menyebabkan strok dan buat Atuk hilang balance dan jatuh. Darah tu keluar dari hidung dan mulut", berkata Yah, the only cucu Atuk yang medical doctor, kebanggan Atuk.

"Eh Yah, Atuk ni tak lapar ke? Dari pagi dia dari hospital, ni dah sampai malam", berkata Hamdi, menantu sulung PakNgah.

Yah terdiam.

Atuk masih hidup walaupun sedang nazak.

"Haah. Kenapa doktor kat sana tak cakap apa-apa? Diorang tak mention ke palliative care pada family ke?", Yah.

Hasilnya, Yah berbincang dengan Khalis, sorang lagi doktor yang belum grad ketika tu. Haha. Tu bapak Hanzalah aka abang ipar aku. Diorg decide untuk pergi hospital mintak pinjam tube feeding untuk bagi atuk makan.

Tak sampai sejam lepas tu, dorg datang balik buan dengan tube feeding tapi dengan ambulans. Harulaah, makcik makcik aku semua tak puas hati sebab bagi dorg, Atuk is dying and going to hospital will worsen the pain. Tapi Yah rilek buat ikut kepala dia terus cakap dan bagi explaination pada PakNgah, anak sulung Atuk untuk persetujuan. Keputusan bawak Atuk balik ke hospital bukan untuk rawatan tapi untuk penjagaan paliatif. Jadi malam tu jugak, dalam pukul 12.30 pagi, Atuk dibawa ke hospital Tangkak diiringi suara-suara sedara yang tak faham mengenai kepentingan penjagaan paliatif.

"Kita taktahu bila Atuk akan meninggal, setakat ni dia masih hidup. Tak ke sedih kalau sebab kita tak bagi Atuk makan menyebabkan Atuk terseksa untuk mati? Kalau betul ajal dah sampai, biarlah dia meninggal dalam keadaan yang tenang, bukan dengan terseksa", Kapt. Dr Yah berkata.

Penjagaan paliatif yang aku nampak adalah pemberian makanan melalui tube feeding, salin pampers mengurut dan mengerakkan badan Atuk bagi mengelakkan back sore.

Tak sampai 2 hari, Atuk dibawa pulang ke rumah. Taktahu kenapa, tapi semua orang nampak gembira dan tak sedih macam malam tu. Aku rasa macam raya, sebab semua orang ada. Sepupu yang jarang balik pun ada.

Pagi tu, Yah suruh teman belikan barang-barang penjagaan seperti susu formula Ensure Plus, pampers, tilam pesakit, dan apa benda lagi tah.

Bila atuk dah sampai rumah, I get the honoured by my own sister to learn about the nutrition using enteral nutrition support. Bahasa mudah, makanan masuk melalui saluran hidung terus ke perut usus. Siap masa tu, Yah duk kira 1 scoop bersamaan berapa kcal. Dan berapa scoop nak letak bagi each 6 times per daily meal. Lepas dah bancuh susu, masukkan dalam syringe untuk dimasukkan ke dalam tube tu. Masa awal-awa Yah buat, lepas tu dia suruh aku. Sebab dia kata, ni kerja aku :) Dietitian. Ehe. Bangga kejap. Yah pesan, sebelum nak kasi Atuk makan, bisik kat Atuk cakap, "Atuk, Et nak kasih Atuk makan biar atuk kenyang ni, tau". Yah kata supaya Atuk tak terkejut. Atuk paralysed tapi masih sedar. So masa aku bagi tu, makcik makcik ni semua tak berani sebab takut cam sakit je bagi makan ikut mulut. So aku pun bagi lah. Entahlah, aku rasa bahagia sebab aku rasa aku dah buat something untuk Atuk sebelum Atuk pergi :)

So hari Ahadnya, ada sorang nurse lelaki, sedara Kak Zura, nama Idham datang untuk jaga atuk bagi penjagaan paliatif yang dah disebutkan tadi. Sebab semua orang perlu balik. Kerja, sekolah, dan untuk orang yang belum habis exam masa tu. Haha. Yah la bagi arahan kat dia untuk buat apa. Cek BP, heart rate, mandikan atuk, bagi makan, tukar pampers, urut, gerakkan badan dan sebagainya.

And surprisingly, Atuk still alive for a week. Di mana malam tu semua ingat Atuk dah nak pergi. Kita bukan Tuhan untuk tentukan kematian orang. Ingat lagi, ada satu malam imam datang untuk baca zikir pada Atuk sebab katanya ini terakhirnya. Sampai kepagi baca sampai imam penat, dia nak balik dan suruh kami teruskan membaca. Masa tu semua orang suara dah hilang sebab dah tersengguk mengantuk. Dan Atuk masih hidup masa tu :)

Masa tunang Af dan Kholis. Af, Atuk, Khalis, Mak.

A week after that he died. Hari Jumaat. Lepas Idham tu mandikan atuk, dan siap-siapkan Atuk. Atuk cuma bukak mata sekejap dan terus hembuskan nafas terakhir. Nampak begitu tenang sekali. Atuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Palliative care bukan sahaja untuk pesakit tetapi juga memberi sokongan kepada keluarga pesakit untuk merasakan kematian ini bukan sesuatuu yang teruk, dan menyebabkan depression. Hasilnya, masa Atuk meninggal, semua anak-anak, cucu-cucu kelihatan redha walaupun sebak. Lagi lagi masa nak imam panggil semua untuk cium Atuk buat kali terakhir sebelum ditutup mukanya dengan kain kapan. Masa tu, abang sedara aku yang tough menangis teresak, dan semua menangis. Itu jelah.

Atuk dan adiknya, TokNgah. 100 days later after Atuk died, TokNgah pun mengikuti langkah abang kesayanganya.

Semoga Allah merahmati Atuk atas kebaikan, kepositifness, yang telah dilakukan. Semoga mendapat syurga, Atuk. I miss you!

Raya 2010 kot.

"Death is a part of life and if we can see death as a gift rather than an enemy than should be defeated, we can feel death as a joy." - nota kuliah semalam. 



No comments: