Sunday 28 June 2015

Tewowong

Hari Khamis lepas, aku kena pergi ke kampus sebab ada Mock Interview dan Dialog dengan dietitian. Mengetahui hakikat yang nak menuju ke pusat bandaraya pada hari kerja memang akan sesak. Jadi , aku bertolak 5 minit sebelum pukul 7. Jadi ada tiga pilihan jalan yang ada, samada ikut Federal Highway, NKVE atau KESAS. Kalau ikutnya, yang paling menguntungkan adalah ikut Federal Highway sebab takde tol dan jarak lagi dekat tapi jalan tu lah yang paling sesak. Jadi, aku teringin nak ikut jalan KESAS yang lalu MEX keluar terus ke Jalan Tun Razak. Ini adalah kali pertama aku lalu sana sebab ikut abang ipar ikut situ macam tak sesak. Hm.

23 minit kalau tak sesak. Kalau sesak boleh satu setengah jam.

Jadi al-kisahnya, masa nak masuk jalan MEX, sesak yang sesungguhnya. Jadi aku terus bukak Waze dan tengok jalan mana yang lagi singkat masa perjalannya. Jadi Waze terus arahkan aku keluar dari jalan tu dan ikut jalan terus ikut Sungai Besi dan SMART. Okay, orang yang taktahu pasal jalan boleh abaikan HAHA.

Jadi aku macam gembiralah, yeay jumpa jalan yang mungkin boleh buat aku sampai awal. Aku tak fikir banyak sangat so aku ikut je Waze. Memang berpusinglah dia bawak aku. Tapi takpelah, awal lagi ni. Sebab program mula pukul 8.30. Masa tu baru 7.15.

Masuk SMART, terowong bawah tanah yang boleh terus tembus ke Jalan Tun Razak. Nak masuk pun memang sesak. Entahlah hari tu memang hari sesak sedunia atau aku je taktahu setiap hari memang akan sesak. Masa masuk tu macam seronok je, lalala terowong. Rasa macam budak excited bila masuk terowong. Tapi lima minit lepas tu, jalan dalam tu masih sesak dan masa tu line Waze dah takde. No GPS available. Dari seronok, aku tetiba jadi resah. Kenapa ni belum sampai ni. Kenapa masih dalam terowong. Dalam tu, walaupun ada kereta lain tapi gelap je rasa. Aku rasa macam sesak sangat tiba-tiba. Rasa macam masa berjalan lambat sangat. Asyik duk kalih tengok jam, ish boleh jadi lambat macamni. Bila ni nak sampai penghujung ni. Resah!

Masa tu teringat jugak pernah masa family HanzoCha nak pergi KLCC so memang lalu terowong SMART ni, masa mula-mula masuk Hanzo memang excited. "Yeay, masuk tunnel!!". Tapi bila lama dalam terowong tak keluar-keluar, Hanzo mula tanya Ayahnya, "Ayah, bila nak keluar ni". Aku ingat muka dia resah. Masa tu aku rasa cam biasa sebab jalan flow je pun. Tapi teringat tu, baru aku ingat macam tu lah aku saat tu.

Mulalah aku mentadabbur terowong ni.



Aku terasa masuk terowong ni boleh diumpakan seperti termasuk dalam jalan yang salah dalam kehidupan atau buat benda salah lah. Bila mula masuk, rasa macam seronok tapi makin lama makin resah makin sesak fikiran dan tambahan pula dalam tu gelap. Walaupun kau tengok ramai kawan kau pun terjebak dalam aktiviti macam kau, kau tak rasa tenang pun. Sebab kau mula rasa orang yang sama buat dosa macam kau ni tak dapat beri jaminan apa yang akan berlaku pada diri mereka apatah lagi nak menjamin kau selamat. Dan kau teruskan dalam kesesatan.

Kau boleh pilih nak terus tinggal dalam terowong atau mencari jalan keluar. Kalau kau stay, selamanya kau akan sesat dan tak menjumpai pun jalan keluar sebab kau tak berusaha pun. Lama-lama kau redha dengan kemaksiatan tu. Tapi pernah ke ada orang tetiba berhenti dalam terowong dan taknak keluar? Haha tak pernah, kan? Kau tau kenapa? Sebab sifat Allah yang Maha Pengasih lagi Pengampun taknak pun kau stay dalam keadaan tu. Dia nak jugak kau keluar. Kau suka tak suka, kau kena keluar. Cara Allah nak keluarkan kau dari kegelapan hidup kau tu boleh jadi macam-macam bentuk. Mungkin Dia buat perasaan kau jadi tak tenang dan sesak, mungkin Dia datangkan kau dengan kawan yang menegur kesalahan kau, mungkin tiba-tiba Dia bagi kau ada sakit dan bermacamlah. You name it. Tapi yang pasti, Dia nak ajar kau untuk teruskan juga kehidupan dan memberi peluang serta harapan untuk kau memperbaiki diri kau. Walaupun sebenarnya kau tak sedar pun Dia buat macamtu.

Dan mungkin bagi yang dah sedar dirinya dalam kegelapan, mula orang itu meminta belas cahayaNya dan berdoa agar akhirnya dirinya berjumpa dengan jalan keluar dari kegelapan ini. Pasti akan ada cahaya di hujung terowong. Hanya orang beriman je yakin bahawa cahayaNya akan tiba. Sebab Allah trained orang beriman untuk yakin dengan perkara ghaib. Tak bermakna Allah bukakan hijab orang beriman untuk nampak syurga ke, neraka ke hatta Allah sendiri. Takde pun, jadi sama je dengan orang yang tak beriman. Tapi hanya kerana keimanan itu meyakinkan dirinya bahawa Allah itu wujud dan bersangka baik dengan Allah. Jadi, dia berdoa dan berusaha untuk keluar dari kegelapan tu.

Dalam kehidupan, tak semuanya indah seperti yang kita sangkakan. Tiada siapa dalam dunia ni nak jadi jahat, percayalah. Sebab fitrah manusia adalah baik. Tapi mungkin sebab janji syaitan pada Allah untuk terus menyesatkan manusia. Jadi daripada perkara yang baik pun syaitan boleh ambil peluang untuk menghasut manusia untuk tidak taat pada Allah. Dan saat kita melakukan dosa ketahuilah Rasulullah bersabda, setiap anak Adam itu pasti melakukan dosa, dan orang berdosa yang terbaik adalah orang yang bertaubat. Kita ni, takkan pernah lari dari buat dosa. You name it dosa apa pun, cuma samada nampak ke tak je. Setiap manusia ada kisah hitam yang kalau boleh dia nak diri dia jadi amnesia supaya lupa segalanya dan memulakan kisah baru. Tapi tidak semudah itu, Allah nak kita hilangkan dosa tu bukan hanya meminta pertaubatan pada Allah. Tak cukup. You have to do something about it. Kena ada strategi, kena berusaha dan terus berusaha. Memang adakala kita akan gagal dan kembali pada dosa yang lama tapi jangan lupa sifat pengampun Allah tu lebih besar dari kemurkaan dirinya.

Aku tau aku tak merepek sebab skill menulis ni dah berkurangan jadi macam caca-merba kau nak baca. Bagi can lah aku nak warmed up, pleaseee.

Semalam aku sempat join Seminar Kita Pendosa anjuran Langit Ilahi kat UIA Gombak. Worth it sangat pergi. Benda biasa je pun tapi aku baru sedar satu hakikat bahawa betapa Pengampunnya Allah tu. Selama ni mungkin aku tak cukup merasai Allah tu Pengampun jadi terkadang mula rasa hm tak layak dah lah jadi baik sebab naturally nakal haha. Tapi once bila kita boleh rasa pengampunnya Allah ni, cair weh. Sampai kau rasa macam okay nak buat baik je lepas ni. Itu dinamakan jatuh cinta.

Ni je gambar aku amek semalam. Takde selfie aku haha.

Banyak point best yang selama ni kita perasan kita faham tapi benda ni yang selalu lupa. Tapi paling terkesan adalah masa slot Cikgu Azmi tajuk pasal Rotan Hati, memang beliau buat style ESQ. Memang aku rasa semua menangis lah. Sebab kadang-kadang kita perlu gertak jiwa kita ni untuk kita sedar balik kita ni apa, kenapa kita jadi macamni, apa kita nak sebenarnya dalam hidup ni.Supaya meningatkan diri kita dan serius mengenai tindakan perubahan yang perlu kita lakukan. (Patutlah kalau buat kem ibadah kat sekolah dulu ada malam nangis-nangis tu, sebenarnya nak buat style ginilah sebab dengan cara gini barulah boleh kita rasa nak berubah. Hm tapi masalahnya, orang conduct tu selalunya tak amek training betul-betul end up macam torture peserta lak). Tapi Cikgu Azmi punya slot memang nampak dia pakar dalam benda ni. InsyaAllah, aku nak share point-point ni. Doakan aku istiqamah dan tak tergolong dalam orang munafik yang bila berjanji tak menepati.

No comments: