Monday 29 June 2015

Simen Dosa part I

Keberkahan akan hilang apabila seseorang melakukan kemaksiatan. Tetapi Allah tetap terus memberi peluang setiap hari pada hambaNya untuk terus bertaubat. Waking up for the next morning is not just a blessing but more to responsibility. Tetapi saatnya manusia itu hatinya sudah cukup keras dan tak terasa ingin pun nak bertaubat sebab dah terlalu lemas dalam kesesatan, saat itu Allah akan turunkan bala dan azab. Seperti yang kita boleh belajar dari banyak kisah umat di zaman Nabi Nuh, Nabi Ayub, Nabi Lut, Nabi Saleh dan banyak lagi. Manakala untuk umat Nabi Muhammad, kita tidak akan diturunkan azab serta kaum terdahulu tetapi kita boleh nampak bersimpang-siurnya kehidupan di negara kita sendiri atas kehilangan barakah.

Cakap pasal hati keras kerana dosa, aku selalu membayangkan yang setiap kali kita buat dosa kita meletak kepingan simen mengelilingi hati. Kalau dosa kecik, simen tu mungkin tutup sikit dan tak tebal sangat tampalan simen. Tapi kalau dosa besar, simen tu dah lah tebal dan menutupi hampir keseleruhan hati. Sehingga menghalang dari hati untuk mendapat cahaya dari luar. Apa yang berlaku setiap hari adalah gelap?

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" 
(3:190)





Bayangkan, bila malam kita tidur dan tunggu datangnya mentari keesokkan harinya untuk bangun. Tetapi bila dah pukul 7 pagi, kat luar masih gelap pekat. Matahari merajuk, kau bayangkan macamana. Apa kau nak buat tengok luar masih gelap. Resah! Jangan cakap kat luar gelap, kalau duduk dalam kawasan yang takde elektrik pun kau boleh rasa takut. Kenapa? Sebab bila gelap kita takkan mampu nak nampak pun apa yang berlaku di sekeliling. Kalau ada orang geletek pinggang saat kau berseorangan dalam gelap, aku rasa jantung mesti boleh terhenti seketika dek ketakutan yang amat.

Macam tulah juga bila kita menutup ruangan hati untuk mendapat melihat cahaya petunjukNya. Kita yang berterusan melakukan dosa ni takkan rasa sangat, tapi hati kita ni dia tahu dirinya dianiaya oleh tuan badannya sendiri! Boleh bayangkan, setiap hari berlalu, dosa semalam belum diampunkan lagi tapi dah bertambah dosa hari ini. Mungkin bertambah intensity simen dosa tu atas kemungkaran yang dilakukan hari ini lebih teruk dari semalam. Menambah ketebalan simen dosa yang sudah sedia ada. Menebal kian hari.

Hati bukan sahaja tak dapat cahaya petunjukNya, tetapi juga lemas tiada oksigen keimanan.

Saat itu, Allah masih dengan sifat Ar-Rahman dan al-Ghafur yang memberi peluang yang bermacam untuk bertaubat dengan mendatangkan pelbagai jenis peringatan. Mungkin boleh jadi, buka FB ada tazkirah, ada kawan atau ahli keluarga yang memberi nasihat, bencana alam, kesusahan dalam melakukan pekerjaan dan mungkin juga hati resah dan tidak tenang. Semua ini Allah berikan pada hambaNya yang terpilih untuk menyelamatkan dari berterusan menderhakai Allah.

Memang, saat simen dosa dah menebal. Agaknya rasa ke tak? It depends dengan sisa keimanan yang masih ada lagi saat itu. Jangan cakap senipis kulit bawang tapi mungkin bawang yang sudah ditumbuk pun masih ada lagi. Aku percaya saat itu, we have this split of second yang fikir eh betul ke apa aku buat, aku buat dosa ke ni, kenapa rasa lain ni dan sebagainya. Ketahuilah, itulah mungkin kata hati sisa iman yang sebesar bawang yang dah ditumbuk lumat tadi. SOS. Iman dah cedera parah, dah intubated dan sedated tapi tetap mahu bersuara.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisa:18)

Life is about choices. Waktu kritikal di mana Iman dah tak mampu nak selamatkan tuannya, ini saat ilmu yang selama ni tersimpan dalam jiwa pula mula memberi hujah. Percayalah, orang yang berilmu dan berfikir pasti dapat jawapan. Samada nak pilih jalan kembali atau tak je ni.


You choose.

Bersambung..


No comments: