Bismillahirrahmanirrahim
Rasa lama tak menulis. Sekarang zaman dah berubah. Takde siapa nak
tukar-tukar baca blog macam dulu. Sekarang semuanya main tulis dalam Fb,
Twitter or Instagram. Aku tak terkecuali. Hee. Senang, sebenarnya. Tapi sebab
aku dah uninstall apps dan cuma view dari browser phone je. Demi menjadikan
Ramadhan kali ini tidak sia-sia dengan berlama-lamaan menghadap media sosial.
Tahun ini Ramadhan 1438. Umur sudah menginjak 25 tahun. Kira orang kata
usia yang dah capai pertengahan dewasa awal. Tahun ini, jujur aku kata aku tak
prepare sebaiknya sebelum Ramadhan. Malah aku tidak punya apa-apa perasaan
untuk Ramadhan kali ini. Aih. Parah.
Jujurnya, aku aneh mengapa ada orang boleh merindui Ramadhan. Apa yang
best sangat sebenarnya Ramadhan? Bisik aku seminggu sebelum memasuki bulan
penuh barokah dan rahmat.
Sehari sebelum Ramadhan, aku tak pergi kerja. Katanya sebab nak kemas.
Mak aku tanya, nak kemas apa? Aku jawab, kemas hati.
Kemas hati.
Aku serba salah sebab tak punya apa-apa perasaan. Kenapa tidak wujud perasaan
itu? Walaupun begitu, jiwa aku gusar kiranya masih kurang Iman dalam diri.
Hari itu, aku tak banyak pun buat apa-pun. Aku cuma doa moga Allah
kurniakan aku satu perasaan supaya aku boleh menikmati Ramadhan dan merasai
keindahan hidup dalam keberkataan dan diliputi rahmatNya. Aku doa
sungguh-sungguh. Aku tekad, tahun ini aku taknak messed up. Aku nak keluar dari
Ramadhan kali ini dengan jiwa bersih dengan memulakan hidup yang baru.
Cukup-cukuplah tahun sebelumnya aku persiakan. Kalau pun tidak tahun ini aku
masih gagal, sekurangnya itu niatku. Bisik aku sendiri.
Okay pekenal panjang ngat kau nye muqadimah, emo pulak tu. Aihhh.
Sebenarnya aku nak cakap, "Tak kenal, maka tak cinta. Tak cinta,
maka tak rasa. Tak rasa, maka tak kan rindu".
Alhamdulillah, dalam kemalasan aku, Allah masih memberi peluang untuk
aku dapatkan ilmu untuk mengenali Ramadhan. Mengenali Ramadhan penting menurut
apa hipotesis aku untuk aku wujudkan rasa itu. Rasa yang membuatkan aku
menghargai Ramadhan dan tidak mensia-siakan ia. However, Ramadhan is only a
part of our journey and end destination will always be for Allah.
"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)" kata Imam Hassan Al-Basri
Antara apa yang aku dapat adalah:
Ramadhan, bukan bulan malas.
Masa pergi daurah Tahrib Ramadhan Ikram STW buat, selalu Ustaz akan
sentuh biasanya pasal fiqh, puasa dah hukumnya etc. Kali ini Ustaz buka daurah
ini dan habiskan dengan kisah Perang Badar dengan detail sekali. Detail. Weh,
aku serius tak faham apa kaitan Ramadhan dengan Badar. Ye, aku tau Perang Badar
berlaku dalam bulan Ramadhan.
- Perang Badar berlaku sebab
Nabi nak ambil semua harta rampasan orang Quraisy
- Masa tu, orang Islam dah berhijrah ke Madinah dan tinggalkan barang-barang di Mekah. Tapi orang Quraisy p ambil dan jual di Syam (utara)
- So
nabi mula nak mengepong rombongan yang membawa barang mereka ni sejak
Jamadil Awal
- Allah
turunkan ayat (al-Baqarah:183) untuk mewajibkan umat Islam untuk berpuasa
pada bulan Ramadhan. Ayat itu turun pada bulan Syaa'ban.
- Tapi
orang Quraisy dah tau yang orang Islam dah mula mengepong jadi mereka
pandai, mereka ikut jalan yang lain
- Maka,
tentera Quraisy bilangannya dalam 1000 datang dari Mekah untuk berperang
dan lawan
- Nabi
takde pun niat nak perang, masa tu mereka cuma ada beberapa ratus je.
Kelengkapan perang semua tak cukup, ada beberapa je pakai baju besi tu.
Kuda perang ada 3 ekor je.
- Okay,
kira eh jamadilawal, jamadilakhir, rejab, sya'aban dan Ramadhan.
- Waktu
tu, Allah tak wajibkan pun depa ni p perang. Dan Nabi tahu, kalau perang
meletus, takkan tamat sebelum Ramadhan. Mesti masa puasa juga mereka harus
lawan. Well, if Nabi wanted to, he can always postpone it to next month
(macam kita la tu, selalu taknak buat masa bulan puasa sebab alasan
penattttt then kita tangguh bulan depan or bulan lagi depan)
- Tapi
tak, Nabi acknowledge Allah dah turunkan kewajipan untuk berpuasa dan Nabi
tetap nak teruskan. Betapa nak tunjukkan takde alasan untuk bermalasan dan
tidak produktif. Boleh Nabi tangguhkan. This is first tahun yang kena
puasa. Ini juga tahun pertama kena perang.
- Maka
pada 17 Ramadhan, berlakulah perang dan apparently 300 vs 1000, logically
yang 300 tu patutnya kalah sebab strategically tak cukup nak lawan dan
kelengkapan pun takde. Tapi, apa yang berlaku ketika itu adalah Allah
hantar malaikat-malaikat untuk membantu. Dan akhirnya orang Islam menang.
- Magic!!
Kalau aku kata. Hee
Kesimpulannya,
Ramadhan bukan bulan kita nak tangguh, nak rasa penat-penat, nak rasa ala
tak larat, nak rasa kita berhenti kejap lah aktiviti kita bulan ni sebab puasa,
kerja banyak tak siap, pergi kerja lewat tapi balik kerja nak awal manjang.
Pastu marah bila balik tu jem, pastu tengok kereta sebelah orang bukan Islam
fuhhh terus rasa marah. Ramadhan sepatutnya menjadi satu tempat
latihan/training untuk kita menjadi manusia yang produktif. Janganlah jadi
alasan, semalam terawihhhh sampai kul 10.30, penattttt. Alasannn!
Ramadhan, bulan kemerdekaan
First day tu, aku bukak youtube aku dengan lecture Ust NAK. Ustaz cerita pasal Bani Israel. Katanya dalam Surah al-Baqarah banyak cerita tentang Bani Israel. Antara point-point yang aku tangkap (sebab terlelap sikit haha):
First day tu, aku bukak youtube aku dengan lecture Ust NAK. Ustaz cerita pasal Bani Israel. Katanya dalam Surah al-Baqarah banyak cerita tentang Bani Israel. Antara point-point yang aku tangkap (sebab terlelap sikit haha):
- Kaum bani Israel ni kaum
yang dahulunya dimuliakan Allah dan banyak Rasul yang diutuskan kepada
kaum tu. Ada yang beriman ada yang tidak.
- Tapi mereka ni kaum yang
banyak cikadak dan mengada-ngada. Dah bagi ini, nak ini pulak. Dah bagi
makanan tertentu, nak mintak pulak kacang, bawang, etc. Allah dah turunkan
perintah untuk sembelih unta. Pastu duk tanya unta tu warna apa, jantan ke
betina, besar ke kecik.
- Ramai antara mereka akhirnya
mendustakan utusan-utusan yang Allah turunkan dan membunuh pun utusan itu
dan disebabkan itu Allah kata "Okay, you are not special anymore. Aku
akan gantikkan kaum mu dengan kaum yang lain". Tapi masa itu, Allah
dah khabarkan yang this will be the last messenger.
- Okay, one more thing pasal
depa ni: Depa mengagungkan sangat kaum keturunan bani israel. So masa Nabi
Ibrahim ada anak, they expected yang last messenger ni akan datang dari
keturunan mereka iaitu dari Nabi Ishak. Tapi, Allah menyusun sebaiknya dan
Allah lahirkan keturunan utusan terakhirNya dari susur galur Nabi Ismail.
- Maka bila depa tahu, utusan
terakhir bukan dari mereka depa pun bengang dan mengolah dan tukar banyak
benda dalam kitab mereka.
- Jadi umat dari Nabi Muhammad
adalah kaum yang baru yang telah Allah gantikan. Kalau dulu, qiblat
menghadap baitul maqdis dan kini qiblat menghadap baitullah. Ustaz NAK
sebut, "When you have a nation, you will have one new independence
day. But, in this case, we have A MONTH OF CELEBRATION to remember our
independence."
- Bulan ini, bulan
kemerdekaan. Bulan kita refresh semula aqidah dan keimanan kepada Allah
serta kepada Agama kita sendiri. Bulan yang kita gather kembali tenaga
untuk menjadi bekal taqwa menghadapi 11 bulan selainnya.
- Maka, betapa pentingnya
untuk umat Islam memahami kepentingan bulan Ramadhan bukan sekadar puasa
dari makan dan minum tapi seolahnya kita buat satu iqrar dan janji baru
setiap tahun!
Ramadhan, Allah ingin memudahkanmu!
Dalam al-Quran, Allah hanya menyebut kalimat Ramadhan ni sekali je iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 185.
Dalam al-Quran, Allah hanya menyebut kalimat Ramadhan ni sekali je iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 185.
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
- First and foremost, bila masuk bulan puasa je. Aku selalu macam ada sedikit mengeluh. Alahai, puasa pulak. Ala, nanti penat, nanti nak tidur je manjang. Dahlah cuaca bila bulan puasa ni kemain panas membahang! Dahaga tak payah cakap. Lapar sebab pagi lupa sahur lah. Banyak keluhan-keluhan ni. Sejak dulu sehinggalah Ustaz cakap pasal salah satu petikan dalam ayat ni.
- يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ (Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran)
- Dulu selalu waktu solat Subuh aku akan doa pada Allah, "Ya Allah berilah keajaiban yang aku boleh hadap hari dengan berpuasa". Haha nampak nau mengeluh dalam berdoa. Rasa cam haih susahlahhh nak puasa dan bekerja sekaliiii. Bila baca ayat ni, first impression is 'Mesti Allah cakap dalam bulan puasa, macamana mustahil pun kita akhirnya akan berjaya juga untuk tak makan 15-20 jam sehari (mengikut negara berbeza).
- Tapi makna sebenarnya adalah, kita kena faham. Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan which setiap amal kebaikan yang kita buat akan diganda kan sehingga 70 kali. Atau kalau kita pergi shopping, seolahnya dapat 70% off. Banyak kot. Kalau dah 10 kebaikan buat sehari, dapat 700 dah. Kalau konsisten buat 10 tu untuk 30 kali, dah 2,100 pahala. Itu tak termasuk kalau berjaya buat amalan tu dalam malam lailatulqadar, ha darab lagi dengan 84 tahun kali lagi (dah jangan tanya aku Maths, aku lembab). Nak kata bulan yang kau buat satu kebaikan kecik pun dikira 70. Bayangkan sekecil kebaikan seperti senyum, memberi salam, tolong bukakkan pintu. Itu belum lagi baca ayat quran yang setiap satu huruf dikira satu pahala. SATU HURUF. BUKAN SATU AYAT. Baca bismillah pun dah 7 huruf x 70 pahala = 490 pahala. Aduhai manusia, kemain banyak kau mengira nak buat kebaikan. Allah beri tak kira apa-pun. Sungguh Allah itu al-Ghani (Maha Kaya dan Tidak perlu apa-apa). Tapi agaknya Allah sangat memahami hambaNya takleh kalau tak nampak habuan dalam bentuk nombor. Macam kita lah, kemain bangga bila ramai like gambar dalam insta hahaha (paling ramai 99 orang likers, cesss).
- Bila Allah kata Dia nak mudahkan tu, bukan hanya ketika di dunia. Tetapi Dia nak mudahkan urusan hamba-hambaNya saat ditimbang amal-amalnya. Kesusahan yang dialami ketika puasa itu tidaklah dikurangkan supaya kita dapat melawannya nafsu kita sebaiknya dan dikira 'markah'nya ketika di akhirat kelak.
- Offer kepada SEMUA hambaNya (tak kira samada dia ustaz ke tak, samada alim ke jahil, samada beriman atau pendosa) untuk memudahkan untuk masuk syurga. Tapi sayang beribu sayang, tak semua nampak dan rasa benda ni. Termasuklah aku. Dulu.
Ramadhan, piala taqwa?
Dalam bulan Ramadhan, Allah mengharamkan kita untuk makan dan minum waktu berpuasa. Bayangkan betapa sayangnya Allah pada kita. Saat Syaitan diikat, Dia beri tempoh setiap tahun satu bulan untuk kita melatih nafsu kita untuk mengawal perkara yang halal. Sebab Dia nak mudahkan kita untuk menahan nafsu kita terhadap perkara yang dah tentunya haram. Supaya bila kita keluar, taqwa dalam hati kita rasa lebih sensitif terhadap perkara yang Allah murkai. Makan, minum dan bersama pasangan dah berkahwin itu halal tapi dalam tempoh tertentu Allah suruh kita jangan buat benda ni. Padahal ianya halal. Hanya kerana kita yakin ianya perintah dari Allah, kita ikut. Maka begitu jugalah bila kita keluar dari Ramadhan kelak. Kita ikut perintah Allah, tak melakukan perkara yang Dia murkai.
Moga ini Ramadhan yang akhirnya menyucikan kembali aku dan kau. Dan moga pada saat Eid-ul Fitr, kita merasai kemenanganya. Bukan sebab nak pakai baju cantik atau makan kuih dan menziarah-ziarahi...bukan semata itu.
(dah penat nak tulis padahal banyak je lagi point. Tak cerita lagi pasal Ramadhan bulan al-Quran. Haha)
Teringat ada kawan pernah cakap, 'Kefahaman itu akan meningkat mengikut umur dan pengalaman. Perlu ditanam dan mencari ilmu untuk menyemai kefahaman. Sebab akhirnya kefahaman itu akan menghasilkan amal. Amal yang lebih muntij, lebih diterima, dan ikhlas."
Ramadhan al-Mubarak, semua!
Teringat ada kawan pernah cakap, 'Kefahaman itu akan meningkat mengikut umur dan pengalaman. Perlu ditanam dan mencari ilmu untuk menyemai kefahaman. Sebab akhirnya kefahaman itu akan menghasilkan amal. Amal yang lebih muntij, lebih diterima, dan ikhlas."
Ramadhan al-Mubarak, semua!
No comments:
Post a Comment