Wednesday, 8 February 2012

Kite the Kid .

Sungguh tak berniat nak menulis pada malam ini. Pada malam Selasa yang indah yang menghampiri hari esok. Tapi entah mengapa ada suatu perkara yang mengetuk pintu hati aku pada saat ni dengan ketukan yang kuat. Sungguh, sepatutnya kamu yang membaca ini tiada kaitan langsung dengan perkara ini. Yang mana sepatutnya aku tulis ini kepada seseorang. Tapi aku tak mampu. Entah. Penakut barangkali. Aku risau jika bila aku kata begitu, aku dikatakan kurang ajar, budak kecil yang mahu mengajar seperti aku ini si ketam yang mahu mengajar anak ketam untuk berjalan. Aku masih kanak-remaja yang sedang membesar menjadi orang dewasa. 

Jika hidup aku dilukis di atas kertas kanvas, walaupun sudah dilakarkan lukisan menggunakan pensel, namun adakala aku akan terwarna salah dan mencomotkan. Ada sebelah kirinya berwarna pekat, tak sekata dengan di seberangnya yang berada di sebelah kanan. Ada kalanya warna itu melebihi kawasan yang sepatutnya. Kehidupan itu penuh warna-warni. Bagi aku, lukisan itu perlu dicomotkan supaya si pelukis itu belajar bagaimana mahu melukis dengan betul. Belajar. Biarpun memerlukan banyak lukisan untuk menghasilkan lukisan yang kemas dan cantik, perlu melalui fasa gagal. Sesetengah tokoh mengatakan mereka belum gagal tapi hanya belum temui jawapannya. Iya, si tukang buat mentol itu. 100 kali bukan dia mencuba? Pakcik janggut putih Kentucky itu?  Hidup perlu belajar. Apabila buat kesilapan, perlu belajar.

Sungguh, aku mahu menolong dia dan anaknya. Aku mahu berterus terang. Tapi aku tak mampu. Kerana aku risau jika aku bercakap lebih dan berlagak sangat walhal aku adalah orang luar. Walaupun aku tahu, emaknya pasti menerima apa yang aku katakan kerana emaknya open-minded juga.Tapi, mungkin bukan bersoal jawab dalam alam maya begini. Aku harus jumpa emaknya. Entahlah, aku hidup dalam era canggih yang mempunyai segalanya di hujung jari namun, aku selalu rasa bila hendak bercakap mengenai sesuatu yang serius, aku tidak suka menggunakan alam maya untuk membincang. Not proper. Macam tidak serius. Lagi-lagi apabila berbincang dengan orang yang lebih tua daripada kita. Itu hanya pendapat aku. 

"Dear Makcik,

Saya sepatutnya tak menyibuk dengan hal makcik dan anak. Cuma, saya suka sangat cerita. Jadi saya nak bercerita dengan Makcik pasal keluarga saya. Sebab saya rasa keluarga saya yang serabut itu lah hadiah paling hebat pernah saya rasa. Saya nak cerita pasal Mas saya lah. Mak saya mungkin bukan mak yang sempurna. Kami hidup dalam kehidupan yang sederhana. Abah saya dah hidup di tempat lain sejak kecil lagi. Dan saya memang duduk di bawah ketiak mak saya sampai tua macam ni. Dan saya membesar memang dalam pengaruh mak saya. Saya hidup berlainan zaman dengan kakak-kakak dan abang-abang saya. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan semasa semuanya ada. Diorang ada lah jugak bercerita tapi cerita dengan berada di tempat kejadian tak sama kan. Walaupun begitu, saya tak pernah rasa kekurangan kasih-sayang. Cukup, mungkin terlebih. Anak bongsu katakan. Haha. Mak orang biasa je. Nak cerita pasal Mak, sampai esok tak habis kan. Haha. Tapi, saya nak bercerita tentang satu perkara. Mak selalu cakap, nak didik anak ni macam main layang-layang. Kita bagi diorang ni pergi jauh tapi kita pegang dia dari jauh. Bila tersangkut kat dahan pokok, kita ambil. Jika terosak atau terkoyak, kita tampalkan. Jika terputus tali, ganti dengan tali yang baru. 

Saya mungkin baru hidup tidak sampai 20 tahun dan sebenarnya kehidupan saya baru bermula sejak dua tahun lalu. (HAHA. ni masuk bab lain ni). Tapi saya melalui zaman remaja sama seperti anak Makcik. Malah pernah berkongsi cerita masing-masing semasa di bangku persekolahan. Walaupun saya dan dia datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, tapi kehendak kami sama. Kami mahukan perhatian. Saya curi perhatian saya dengan cara saya. Dia curi perhatian orang lain dengan cara dia. Attention. Masa zaman itu, walaupun dah boleh dikatakan pandai nak tentukan baik dan buruk tapi masih kurang pengalaman untuk menghadapinya. Oleh itu, kami suka mencuba perkara baru. Dan zaman itu, yang paling nampak hebat dan gahnya adalah cinta pada jantina lain. Walhal banyak lagi perkara baru yang boleh difokuskan. Mungkin atas faktor media massa yang menyalahertikan maksud cinta yang benar-benar suci yang betul dari Allah. Banyak faktor lain, kita bincang di lain hari ya. Walaupun pada masa itu, mak saya tahu itu salah, mak tolong tunjukkan jalan tapi Mak tak paksa saya untuk pilih jalan itu. Teruk kan mak? Ada pulak mak biar anak dia pergi dari jalan betul kan? Haha. Ingat layang-layang...Sebab mak yakin, suatu hari kelak anak dia akan jumpa jalan pulang kerana kebenaran itu pasti akan datang. Dan saat anaknya menangis berkata mahu pulang, ibunya akan dakapnya dan bantu. Koyak, kita tampalkan atau ganti dengan kertas lain. 



Masa remaja, kita rasa semuanya betul. Orang lain salah. Walaupun soalan itu objektif jawapannya B tapi dia kata C. C lah jugak! Dia taknak percaya cakap orang! Erggggh degil degil. Oleh itu, beri dia kebebasan untuk berfikir. Usah sekat apa yang dia mahu katakan. Tapi jangan tinggalkan dia, dia perlu dibimbing...Tapi kan Makcik, saya terus teranglah. Kalau mak saya tu jenis yang memaksa, saya pasti saya bertambah meluat dengan mak malah lebih jauh dari mak. Kalau mak paksa saya ikut jalan tu jugak walaupun itu jalan sebenarnya, konfem saya lari jauh dari mak. Saya akan jadi rebelliious. Saya benci untuk dilihat baik lagi. Saya mesti nak tunjukkan kat mak, "Tengok mak, sebab Mak, Et jadi macam ni". Saya akan pamerkan sifat 'saya boleh hidup berdikari'.

Ohana means family and family means nobody is left behind.


Maafkan saya, Makcik. Saya cakap bersepah, dengan harapan ada orang boleh tolong susunkan idea saya ini menjadi idea yang mudah diterjemahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Mungkin apa yang saya utarakan tidak menjadi kebaratan(ehh?) mungkin tak membantu sebab saya cuma menunjukkan punca. Saya minta maaf. Saya belum menjadi seorang ibu. Saya tidak tahu bagaimana mahu menolong dengan cara yang betul. Sebab kita takboleh nak terus salahkan si matahari kerana tak pancarkan cahaya secukupnya pada pokok itu dan menjadikan daun pokok tu yang dah jadi kuning dan layu. Kita perlu lihat akarnya sekali. Supaya kita nampak, apa punca baru jalan penyelesaiannya. Cuma, saya rasa orang yang mempunyai masalah krisis hidup mencari identiti mahupun middle-life crisis sekalipun, perlu dibelai. Perlu dengar. Tak perlu kata apa-apa cuma dengar. Give attention. Give love unconditionally. Tell her, she is very special and we do appreciate her so much. Tell her, she is a gift from Allah to us. I do love her too, Makcik even dah jauh sangat sekarang. I'll always willing to help as a friend and also a sister."

Make a change !

P/S : Banyak sangat nak cakap lagi. tapi sebab dah larut malam. Kerja nak painting pun tak siap dan esok dan pergi mengembara. Ramai pengembara tapi tidak membawa dia menjadi dekat pada Allah pun. Kenapa ya? Kerana apa yang kita dapat depends on how we see things. Dan cara kita beri pandangan terhadap sesuatu adalah sebenarnya how we see ourselves. Kalau mengembara nak cari damai, damai lah yang dapat Kalau mengembara nak ambil gambar yang cantik, gambar yang cantiklah yang dapat. Tapi sebest dan osem nya kalau mengembara mencari Illahi, dekat dengan Dia, matangkan fikiran kerana Dia, luaskan pemikiran supaya tidak dituduh lagi sebagai muslim yang sempit fikiran, dan demi mencari bahan-bahan untuk pembinaan rumah di akhirat kelak, itu yang terbaik bukan? 

7 comments:

Husna A'dilah Hasmizi said...

waaa... ske bce. :)

Miss Mus said...

T^T terharu bace.. sob2..

Matatahahari said...

Semoga dari suka menjadikan idea yang bernas supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian ! insyaAllah bagi membina rumah2 di akhirat !

Anonymous said...

ameen, insyaAllah

FYDA said...

sofea....
^_^ best entry!

Asfarina :) said...

best lagi lah :D

Anonymous said...

waahh..well said..x padn dengan 20 tahun..heheh