Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya.
Ok. Bercerita sana-sini. Ahh, sebenarnya sangat sibuk dengan hal duniawi. Ahh, kehidupan di Universiti. Berkata orang yang sudah bekerja, "Biasalah tu". Memang, bro. Hidup bila dah meningkat umur, bertambah tanggungjawab, bertambah sibuk, bertambah rungut, bertambah uban, bertambah kedut.( Ehh?). Tapi kan best dan hot kalau kita jadikan umur kita manfaat dan berkat umur tu, kita dapat buat banyak perkara kebaikan. Mak aku selalu pesan, masa birthday orang, Mak suka lah hantar kat wall FB orang tu, 'Semoga Allah memberkati umur sifulan sifulanah'. Berkat. heh. Ada orang umur panjang tapi apa manfaat dan faedah dia benar gunakan. Ada pula umurnya singkat tapi dia menggunakan umurnya itu semaksima mungkin untuk melakukan perkara kebaikan. Heh.
Mari jadikan hidup bermakna.
Mari jadikan hidup bermakna.
Bermakna bukan masukkan dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Memaknakan.
Haa, minggu depan dah mid-sem exam, nak cerita serba serbi sedikitlah. Aku ni orang panggil Gila Pangkat. Sejak sekolah sampai sekarang, lorh, orang dah ajak, susah nak tolak woo. Apapun, setakat ni belum pernah lah nak jadi Pengarah Program. Heh, cukup lah jadi TP Gegar. dah cukup Gegarkan minda den. Buat program takde masalah. Yang masalah yang buat aku jadi serba half-tak-ikhlas, sebab kena buat Learning Contract (LC) . Ala-ala report. Uni nak betul-betul kita develop soft-skill masa buat program. Wah, kalau satu sekali dalam satu masa, wa tak banyak rungut. Tapi, itu lah. Nak rungut pun tak boleh. Dah dijadikan cerita. Semua nak kena siapkan minggu ni jugak. Ngeh3. Dari 5 report, dah tinggal 2. Okeh lah tu kan? Tunggu lepas mid-sem lah. Pastu yang best, kursus keusahawanan pulak camane tah boleh kena buat presentation build up a company. Wah, kenapa aku taktahu? Ngeh3, sebab hari tu lari g Tabung Haji masa hari jumaat tu. =P Hal family. hee. Pastu, time ni jugaklah senior nak practice untuk dinner(ok, not to talk to much, cuma aku rasa beruntung dapat cakap baik-baik dan lepaskan diri untuk mengelakkan dari perkara yang tidak disukai oleh Dia). Haa, wa terus terang. Jadual pelajar Diet dan Nutri pack melebihi budak Bioperubatan. Buat sem ni lah.
Haha. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Allah tarik nikmat masa lapang, untuk aku bersyukur yang aku masih sihat dan tidak sakit untuk teruskan perjuangan. Untuk aku merasai banyak perkara. Sebenarnya, despite of sibuk, tapi Allah hadiahkan perkara besar untuk aku. Semoga aku belajar untuk selalu bersyukur. Amin.
Oh. Iklan sebenarnya. Lama sangat pulak iklan tu dehh. Maaf ler. Television tak berbayar, katakan.
Bersembang-sembang dengan seorang kawan. Kawan seaqidah walaupun berlainan wasilah. Wasilah tu jalan kan? hekhek. Cerita pasal dakwah dia dan aku. Kisah tarbiah seawalnya. (Ok, Nal mesti dah tekan X sebab dah keluar terms-terms yang malas dibaca). Takde lah, bukan nak cerita sangat. Cuma, Allah memang siapkan sesuatu benda tu memang dah cantik untuk kita. Sesuai-taylormade. Sebab tu kita betul-benar kena redha dengan ketentuan Dia. Redha tu bukan mulut, tapi perbuatan kita perlu bersungguh untuk lakukan. cehh.
Sebenarnya nak cerita, kisah aku cemburu sebelum ni kan, heee. Memang cemburu. Tapi aku percaya Allah tak siapkan cerita itu begitu tanpa ada sebab. Walaupun aku ni manusia yang kurang significant, dan tak layak diingati oleh-Nya atas kecilnya perjuangan dan pengorbanan terhadap agama sendiri, tapi Dia, Tuhan yang tak pernah lupakan hambaNya yang kecil. Masih boleh terasa kasih-sayangNya berterusan. Aku baru nampak view sket, kenapa akhirnya aku berseorangan di sini.
Di dalam keramaian, aku masih merasa sepi, sendiri memikirkanmu.- Kosong-Dewa
Cehhhhh. Haaa, ok. Aku taknak cerita sebab nanti ramai tak paham. Tapi akan ada orang yang paham bila kata aku sorang dan takde geng. Ni bukan geng bas sekolah yang pergi kuliah sama-sama ke apa. Kawan senang ramai, tapi kawan nangis susah nak cari bro. Nangis sorang pun takdelah masalah sangat. Hm, Tapi, kawan nak bawak berjuang sekali, susah nak cari. Ada memang ada. Belum jodoh nak jumpa. Hahahaha. Aku ni dah lah cepat tacing, ngeh3. Luaran keras, tapi hati lembut macam apa! Sebab itu kalau ada orang nak tegur aku secara kasar, aku terus Teeeeeeeeeeeeeeeeet, nexxxtt!! Tapi bila disentuh dengan orang yang bercakap lembut dan lembut cara penyampaian. Takat cair aku dah sampai melebur yang susah nak jadi pejal balik. Waah, lihat aku! Gedik+Manja! Manja sangat sampai akhirnya Allah campakkan aku di sini dalam keadaan tak berapa nak best dalam keadaan aku yang kuat memberontak dan cepat merungut. Hikmah itu barang yang hilang dari seorang muslim. Memang awal tak nampak. Sekarang pun masih kabur, tapi aku nampak ada cahaya di hujung terowong!
Jika tidak aku bersama mereka, memang Allah nak aku bersama mereka yang lebih memerlukan. Siapa tahu? Kerja Dia, Dia lagi tahu yang terbaik.
Sebab aku manja, Dia ajar aku untuk jadi berdikari. Don't depends on people.
Dan sebab kenapa Dia tak bagi apa aku nak, supaya aku menjadi yang mencari. Dan bila aku dah jumpa, Dia nak ajar aku untuk sentiasa appreciate dan bersyukur.
Ok dah sakit belakang, dari pukul 1-4 pagi duk depan meja ni. Semangat GMJ, heh. Jom?
Pussy cat : Dengar lagu Yiruma, rasa nak senyum kat semua orang. You are what you hear. Cehh, dengar Al-Quran lagi bagus. Well, tanpa ada permulaan, takkan ada perubahan!
1 comment:
Bergerak mencipta kejayaan. Salam ukkhwah. Moga Allah kasih. :)
Post a Comment