Thursday, 9 August 2012

Laptop kena Format.

20hb Ramadhan.

Setiap hari adalah hari yang baru. Walaupun kadangkala aku akan ulang rutin yang sama (contohya tengah cuti kat rumah ni, kerja aku aje sidai kain, kemas rumah, baca buku, main internet), tapi setiap hari adalah hari yang berbeza. Alhamdulillah, setakat cuti ni, walapun menanam anggur sepenuh masa tapi tak pernah rasa bosan menghadapi rutin-rutin yang berulangkali ni. Bagaimana? Kena selalu lah dengar Dr Muhaya. Cehh, aku dengar sekali sekala je pun dah kecoh. kikiki. I mean, don't blame on others if your day is ruined. Kenapa? Sebab yang mengatur cerita itu, siapa? Allah, kan? Siapa yang menentukan cara cerita itu? Kita lah. Jadi macamana buruk pun keadaan cerita kita pada hari itu, usah salahkan orang lain. Tetapi, bear in mind, Allah yang tetapkan cerita tu jadi macamtu, tapi kita yang menentukan macamana penerimaan kita terhadap cerita itu. Dan, adakalanya, cerita yang Allah tetapkan tu, nampak seolah-olahnya, tak seperti yang kita mahukan, atau kalau boleh, taknak langsung perkara macam ni terjadi pun! Nak halang, tak boleh. Kuasa Allah, siapa dapat halang? Atau adakalanya cerita yang Allah tetapkan itu juga seolah-olah Allah menjurus kita kepada perkara keburukan mahupun maksiat, jadi, apa sepatutnya kita lakukan?

Lek a bro. Follow the flow ah. Dah jadi macamtu, acano nak buat lagi?

Ala weh, aku tak mintak pun jadi macamni, aku terpaksa ikut kot.

Ehh, kau takyah cakap banyak la weh. Keadaan kau dan aku berbeza. Kau student, aku dah kerja. Beza, kau faham tak berbeza! 

Erk. Dialog ciptaan sendiri memang pelik. huu. But the point is, memang kita semua tak sama. Hatta hari yang dilalui setiap hari pun tak sama. Inikan pula setiap individu manusia. Allah sengaja ciptakan cap jari kita semua berbeza, biarpun kembar seiras setahi lalat sekalipun! Takkan pernah sama 50% pun! Tapi, kita ada persamaan sebenarnya. Jeng jeng jeng. Apa?

Bukan kita ni ada Tuhan? Bukan Tuhan kita sama? Bukan Allah kah tetapkan semua cerita tu macam tu walaupun lain-lain bagi setiap manusia? 

Apa kau cakap ni. Aku takpaham ler.

Erk. Aku tak pandai cakap, pandai bagi ideologi je(ceh, perasan!). Tapinya, disebabkan kita ada satu persamaan yang kuat, iaitu, pencipta kita siapa. Makanya, sepatutnya kita berusaha untuk keluarkan diri dari keadaan yang buruk itu mengikut seperti Allah suka. Biarlah caranya berbeza, tapi kita berusaha. Usah aje nak follow the flow, tang tang kita pulak diheret jahiliyyah. Ahh, sia-sia semangat perjuangan kita dahulu nak memartabatkan Islam di mata dunia suatu masa dahulu. ehh.

Jadi macamana pun cerita yang Allah tetapkan, baik atau buruk, macamana berlaku, itu semua tak penting. Yang paling utama, bagaimana kita ni nak hadapi dan mengambil tindakan mengikut apa yang Allah suka? Dan bukan ikut convenient kita semata aje! Kena faham. Paling penting faham. Ekau taknak faham sudah. Tapi usah jadi manusia yang disebutkan oleh Allah banyak kali sebagai kafir, kafir itu bukan omputih semata tapi manusia yang tidak mahu serahkan diri kepada Allah. Tapi kafir itu apabila nikmat yang diberi oleh Allah kita kufur atau manusia yang banyak mengutamakan perkara lain(contohnya kereta, kerja, suami dsb) melebihi Allah. GULP. OUCH. Udahnya kafir, buta-tuli-pekak dari segala jenis kebenaran dari Allah. T___T


Ekau kena faham, Allah tak jadikan semua ini sia-sia. Mengapa kita diwujudkan di dunia bukan sekadar untuk bertepuk tampar dengan kawan, nak cari isteri solehah semata, bukan sahaja nak cari duit kasi makan sampai gemuk semata. Mengapa? Bak kata budak2 yang dah expert ISK ni, toksah tanya banyak. (2:30) dan (51:56) Depa semua dah hafal surah mana, ayat mana. Tapi, adakah setakat tahu itu cukup untuk membina kefahaman dan penghayatan? Ada seorang rakan share ayat yang sangat tidak asing yang membuatkan aku terlopong. Walaupun banyak kali disapa ayat ni, tapi first taim rasa cam merobek-robek kat hati ni. Kat Maahad lu, wajib baca setiap malam sebelum tidur. Sekarang? kikiki. Perli diri sendiri. HAHA.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk : 2]

Hanya untuk diuji! pergh. Penat a gitu do. Aku nak enjoy weh, remaja hanya sekali, awek berbondong-bondong ramai sekali, rugi begini, peluang keemasan usah disiakan lagi!

hantok kepala hangpa tu.

Dunia ibarat penjara bagi seorang Mukmin dan syurga bagi kafir.

Siapa duk ada perasaan still nak kejar semua perkara mudah, senang, cheap trill, memang patut kasihankan diri sendiri lah!

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [Al-An'aam : 32]

Entah. Malam ni terasa banyak nak bebel. Sudah lama kusimpan perasaan yang terpendam terhadap cinta yang mendalam ini. Acewaah.

Agaknya, aku sedikit terkesan apabila laptop Asus 12.1" ini telah diformat tanpa dirancang. Aku ingat nak kasi itu cuci-cuci since cam lembab sangat, yang membuatkan aku terasa cam nak beli iphone untuk bukak internet. Ceh. Tak sangka abang Haliq tu nak format terus. Sempat nak selamatkan gambar-gambar dan lagu je. Application duniawi semua dah hilang T__T. Tapi itu pun, nasib baik aku ni bukan computer geek yang banyak sangat apps. haha. Taktahu perasaan apa ni. Sedih pun tidak. Gembira pun tidak.

Cuma, terasa macam beli laptop baru. Bersih, suci. Dan juga banyak tanya, 'Do you want, do you bla bla bla'. Seperti anak yang baru dilahir, kain putih bersih dan ibubapa berhak untuk mewarnakan sebaik mungkin. HAHA. Apa kaitan? Seperti manusia yang penuh noda, apabila diminta dengan Penciptanya untuk diampunkan dosa yang telah mengaratkan keimannya, dengan penuh tekad, penuh kesungguhan dia memohon. Dan Allah menerima taubatnya itu. Subhanallah...Tak terkata indahnya perasaan tu. Jika laptop mempunyai ability untuk di-format. Kita sebagai manusia pun mampu bertaubat. Biarpun cerita lalu kita sangat hodoh, kotor dan hina. Allah tak pandang pun semua tu, Allah tengok pengakhirannya. Ok, kena rasa rugi kalau dulu aje semangat-semangat nak bawak islam kesana kemari tapi akhiranya kecundang dek duniawi dan jahiliyyah. Iya, siapa kita nak menghukum orang lain. Tapi takkan sampai bila-bila kita nak kata, 'Kau tak berada dalam kasut aku, so kau takyah nak hukum aku'. Kalau tak suka orang beri nasihat, hukum diri sendiri! 

Kalau taktahu silap apa kita buat, lazimkan untuk istighfar selalu. Aku serius malu gila dengan mak aku yang dulu pergi sekolah agama masa sekolah rendah je, bukan pergi usrah pun, (tapi ada fikrah. kikikiki). Apa-apa je dia istighfar. Aduhh, yang kita yang duk semangat kat FB, twitter, boom bang boom bang duk cakap sana sini, berapa kali sangat kita istighfar? Kalau pun hari tu hari yang indah, tanpa ada kekacauan yang menjurus kita buat dosa sekalipun, kena juga selalu istighfar. Takut, kalau kalau kita perasan je! Perasan kita dah cukup baik, tawadhu'. Ha, riak dalam diam. Fuhh. 

Nabi Muhammad SAW pun bertaubat 70 kali dalam sehari. Dalam satu minggu, berapa kali sangat kita taubat?



Bulan ramadhan ni, walaupun aku tau dalam hati hangpa, ada rasa, "InsyaAllah next ramadhan aku buat lagi baik". Tapi, hangpa duduk dan fikir betul-betul. Ayat cliche blog2 biasa, 'kalau benar ini ramadhan terakhir buat kau?'. Kalau benar Allah tarik nyawa, time is up. Say byebye to the world? What would you say more? You can even have the one more chances to return back, dalam Alquran banyak dikisahkan pun orang yang kufur terhadap kebenaran, mahu kembali, tapi Allah says NO! Dalam kesempatan yang berbaki, mari sibukkan diri mencari 10 malam kemuncak. Biarpun jahil meliputi seluruh kehidupan, biarpun ilmu agama tak banyak, biarpun diri tu rock kapak, biarpun apa apalah! Usaha, kalau cari Allah dengan penuh kesungguhan, Allah takkan siakan usaha yang kita lakukan, biarpun sedikit! InsyaAllah akan jumpa. Bersangka baik dengan Allah. = )


Chayok !

No comments: