Life has becoming to great. Bukan sebab semua yang aku dapat adalah kenikmatan semata. Siapa yang tak pernah rasa hari berduka? Kecewa dengan sesetengah manusia? Hampa dengan pencapaian diri sendiri yang punya Iman yang lemah? Tapi kehidupan yang dilihat kini terasa menenangkan. Bukan kerana aku rasa jalan yang bakal dilalui akan dihamparkan karpet merah, malah telah diduga, jalan ini, ramai yang tak mahu memilih. Dek kerana, jalan ini tidak nampak manfaatnya dari segi material, tidak menguntungkan dari segi kewangan, tidak menjemput paparazi serta mamarazi untuk mengejar kita kerana ke-femesan diri. Sudah diduga. Tapi entah, mengapa jalan yang satu ini, membuatkan aku mampu tersenyum, mampu melegakan keresahan hati saat memikirkan dunia, mampu menghilangkan kedukaan saat aku rasa tiada harapan untuk aku teruskan diri ini sebagai seorang a'bid kepada pencipta. Mungkin, bukan perkataan 'Entah' yang patut diucapkan. Hanya kerana aku sendiri tidak reti nak menjelaskan apa maksud di sebalik entah. Barangkali, banyak maksudnya. Maksud tersirat yang aku tak mampu menulisnya seperti surat untuk memperlihatkan
apa yang tersurat.
Masuk tahun dua di UKM ni, sudah menghampiri penhujung sem 1. Masa berlalu dengan cukup pantas. Tak banyak perubahan yang berlaku pada diri aku. Tinggi masih sama, berat dah pandai nak meningkat sehingga membenarkan BMI aku mencapai aras normal. Alhamdulillah. Secara fizikal, aku tak banyak berubah, aku masih ugly duckling, berkulit coklat, kecuali dah bertambah tembam. Gembira sangat ke sebab makan banyak? Entah, banyak guna tenaga konon. Padahal, pengunaan tenaga tak seimbang. Makan je lebih, tapi bukan nak guna tenaga tu sehabisnya. Aje duk bilik ngadap laptop, buat proposal, satu dua tiga, buat assignment esok kena hantar, hari ni pun belum nak setel, lab report yang menggunung. Mana taknya gemuk? Sedentary activtiy. Hah, dah keluar ilmu nutrisi aku kat sini. Memang, aku tak banyak berubah. Masih gila, masih banyak cakap. masih kecoh. (buat kamu yang merindui aku, aku pun rindu kamu!) hakhak. Geli tak?
Mungkin ada sebenarnya perubahan yang berlaku, tapi cuma tidak kelihatan. Secara lahiriah, sama. Mungkin dari segi dalaman, pemikiran, dah berubah? Entah.
Taktahulah yang tu. Kang kalau aku sebut kat sini, ada pulak rasa geli muntah sebab aku dah mencapai tahap perasan melampau. Hakhak. Eh, peduli apa aku? Blog ni bukan untuk orang lain. kecuali orang yang obses kat kita, satu per satu akan dibaca ayatnya. Kalau dalam situasi aku, aku rasa aku je kot obses kat diri sendiri. Yang sanggup tekan 'Older Post' berulang-ulang. Gelakkan diri sendiri, cerita sedih ke, cerita hampa ke, cerita apaapapun aku ketawa. Kau memang badut pada diri sendiri la. HAHA. Mungkin bila dah meningkat umur, dah masuk fasa dewasa awal ni, betul kata Encik Ezzat, cara pemikiran kita akan lebih meluas berbanding masa remaja yang rigid. Walaupun kecil perubahan yang satu ni, tapi memberi impak yang besar pada diri.
Impak apa?
Hikhik. Itu manaboleh cakap, kang tulis, jadi tak betul lepas tu, nanti tak pasal-pasal orang akan cakap macam-macam. Haaa, sebab tu lah tak semua benda kita boleh cakap kat satu dunia. Tak semua orang faham kita.
Iya, kehidupan ini sangat manis. Hanya kerana Dia.
Kerana Dia.
Aku pun tak berapa nak faham post ni. Apaapa jelah. Sejak tumblr tak boleh bukak, aku dah lama tak layan perasaan. Bagus juga, "Don't let your feeling own you, you must own ur feeling"- Yasmin Mogahed. Kita boleh kawal perasaan kita, serius boleh. Yeah, I managed it well. Jangan duk layan je perasaan, sebab syaitan ni suka lah tu kalau kita layan, dia pun mula nak bisik-bisik, 'Apa salahnya kau ingat dia, kau bukan tegur dia pun'. Memang lah, takde apapun akan berlaku pada awalnya. Tapi memberi kesan kepada diri. Amal tetiba jadi kurang, dek kerana melayan perasaan sangat. Takde mood nak baca Quran, hati tengah sedih (konon). Baik tidur. Pastu mula lah nak pasang lagu-lagu omputih lagho, lagu-lagu entah ler, konon lagu je lah nak paham perasaan kita. Aduyaii. Itu memanglah tanda sebenarnya, Allah jauh dari kita. Erk, Allah yang jauh ke kita yang jauh dari Dia? Tepuk diri, tanya, Iman sihat?
Memang perasaan itu hadiah dari Allah, itu fitrah nak rasa sedih, kecewa, gembira semua tu. Dan, takde satu perkara yang diberikan kepada kita melainkan adalah berbentuk ujian. Cumanya, hanya berbeza mengikut individu serta apa yang diterima itu sesuai dengan dirinya. La, benda ni kan dalam UPSR pun ada. Takpe, aku ulang ya, bagi kau ingat. Biasalah, kita ni manusia mudah lupa. Allah yang pegang hati kita. Allah yang uji kita dengan kedatangan bisikan syaitan, Allah uji kita dengan perkara yang paling dekat dengan kita! Contohnya jika kita ni memang jenis suka perempuan, Allah akan terus uji kita dengan kedatangan wanita yang bermacam-macam rupa, ragam, yang kejar kita 26jam! Contohnya pula jika kita ni memang jenis 25jam study, Allah akan uji dengan beri ujian pada kita dengan masa yang tak cukup dek kerana sering tak diberkati. Contoh yang lain pula, jika kita ni orang buat kerja dakwah yang aje nak adik dek kerana tengok semua kawan-kawan dah bawak, itu pulak tanda Allah nak uji kita dengan keikhlasan, nak buat sebab Dia ke sebab tengok orang? Contohnya jugak kalau ada seseorang yang kita cintai sepenuh hati dan perasaan, bak kata akhi Tuan, "Tak berjumpa, menjadi rindu. Bila bertemu bertambah sayang", tapi Allah mungkin akan uji dengan Dia tarik nyawanya saat cinta kita sedang mekar seperti bunga2 di taman2. (Ni kes teringat Baihaqi IG lah ni. Erk).
Memang jalan menjadi seorang daie yang memegang title A'bid tu memang tak best! Iya, secara lahiriah, orang akan lihat kita ni macam menderita semacam, nak mengorbankan macam-macam. Kehendak, nafsu sendiri, harta, masa, jiwa dan macam-macamlah! Bagi mereka, hidup ni untuk diri mereka. Selagi ada hayat, mari buncitkan perut, besarkan rumah, ramaikan isteri(erk)! Itu bagi mereka. Hakikatnya, kita sepatutnya memandang dunia ni hanya persinggahan. Sekejap je, penjara di dunia. Sabar sayang, sabar! Islam mengajar kita untuk bersabar, kan? Maka sabarlah..kita tak menantikan apa-apa imbalan dan penghargaan dari manusia, kita hanya mahu jika kita berjaya melepasi titian sirat dengan rahmat dan keredhaanNya atas apa yang telah kita lakukan. InsyaAllah. Maka wahai pendokong-pendokong agama Allah, udah lah tu main FB, udah lah tu main twitter, udah lah tu meliputi diri dari jahiliyah. Jangan kata kamu lemah kerana tak mampu melarikan diri dari perkara kemaksiatan, kerana itu menjadikan diri kamu tidak capable untuk berada di jalan ini! Macamana terlalu ampuhnya dinding jahiliyah kamu, usah jadikan alasan, setiap orang diberi ujian semampu yang diboleh. Jika kamu tidak mampu untuk bermujahadah dengan yang ini, maka, awal-awal lagi kamu itu sepertinya sudah terkeluar dari landasan keretapi ini.
"Usah mahu mutarabbi solat jemaah jika kamu sendiri sering tinggalkan solat rawatib!"
"Usah berangan nak kurangkan kadar kemaksiatan umat, jika kamu yang bergelar daie itu sendiri tidak menjaga pergaulan!"
Jalan apakah ini yang aku duk sebut dari awal?
Jalan Para Pejuang.
Awak, belikan kita buku Salim A.Fillah kat Indon! <3 div="div">
3>
2 comments:
give some impact for me :)
Ade some part yg tusuk hati . Headshot! Moga terus kuat dan thabat y cik etty ^^ doakan kita juga :)
Post a Comment