Thursday, 26 September 2013

Muslim Dietitian

Alhamdulillah. Sudah masuk tahun ketiga aku berada di UKM Kampus KL, yang mana fakultinya depan Jalan Haji Taib - Jalan populer, kalau tak kenal, mohon jangan google nanti dapat penyakit sakit jantung.- Kolej depan Tasik Titiwangsa, kalau tak fit bebudak kesihatan ni tandanya memang tak mengaplikasikan apa yang diajar, excellent teori dan akademik tapi praktik untuk diri sendiri, haiyoo. Haha. (cakap pada diri sendiri). Alhamdulillah, ini jodoh. Jodoh yang aku sendiri tak sangka untuk berada di sini. Jodoh yang aku menangis bila dirisik. Jodoh yang buat aku rasa aku tak mampu nak teruskan hubungan ni. Cehh. Anyway, masing-masing mempunyai cerita tersendiri dan aku, cerita aku bukanlah terlalu luar biasa untuk dikagumkan. Cuma, macamana cerita tu menjadi sesuatu yang bermakna buat diri kita, itu bukan orang lain yang kena buat. Kita sendiri kena memaknakan hidup kita. The colour pencil is there, is you who should choose the colour for our life. Pilihan kita, dan ramai memilih untuk mewarna dengan warna hitam-putih-kelabu-hitam-putih-kelabu. Walaupun hakikat, kita suka tengok warna warni menyerlah, tapi tanpa kita sedar, kita selalu sangat memilih warna yang kita tak suka dan tak menarik untuk mewarna lukisan kehidupan. Bila tengok je balik lukisan yang dah diwarnakan rasa menyampah. Penuh rasa kesal! Kalau cikgu pendidikan seni nak bagi markah, memang bukan A atau B laa jawabnyaa. Haa, sastera mazhab mana aku pakai niiii.



Oleh itu, pilihlah warna yang gembira. Kerana apabila kita cuba pilih warna yang cantik, itu tandanya kita bersyukur dengan lukisan Tuhan :)

Panjang mukadimah.

Aku masih ingat, 2 tahun lepas. Masa dapat keputusan UPU, dapat UKM memang aku seronok baq hang. Tapi bila tengok jurusan, memang menangis. Waaa, pilihan kelimaaaaaaa! Orang nak amek dental, ni dapat dietetik! Apaa bendaaa niii. Padahal tak minat pun gigi. Ni namanya pelajar akademik tapi sebenarnya taktahu tujuan kehidupan. Haha

2 Months earlier.

"Eh Et kenapa pilihan ada biomed?"

"Em..Sebab kalau takdapat amek medic, dekat-dekat dengan medic tu ok lah kan?"

"Hm, Kakyah dah tengok ramai kawan KakYah budak kos ni yang takde kerja lepas grad"

"Oh yeke...habis...Et cuma nak isi tempat kosong jaa"

"Centu ameklah dietetik, nampak cerah masa depan. KakYah rasa kos ni pun ok jugak"

Aku end up dapat jurusan yang nombor 5. Jurusan yang semata nak isi tempat kosong. Haha. Sadis tak?

Awal minggu orentasi, berusahanya aku nak tukar course jugak. Sampai guna kuasa pulling string connection Abah dengan dekan dental. Haha. Tapi tulah, nak lari mana kalau dah jodoh?

I hate food. I hate to cook. Kebenda laaaa kena makan. Kalau ada ubat pil untuk kasi kenyang, konfirm aku orang pertama yang beli.

But how not to love things that you do almost everyday? At least, two times per day we are eating.

Kalau belajar mesin, memang aku give up. Nak je amek Human Resources, sebab Fais kata kawan dia yang kos ni asek berpoya tapi bila grad dapat first class upper. Hahahaha. Nampak tak pemalas di situ?

Batch 27- Sweet 17. Half Chinese, half Malay, 16 bunga, sekor kumbang

Dah masuk third year ni, lecturer makin kelakar. Aku taktahu kenapa. Barangkali bilangan pelajar dalam kelas dah menyikit. Dulu gabung dengan budak Nutrition. Ni tinggal kami tujuh belas. Sweet 17 kata Prof Suzana. At what I realise is being a dietitian ni macam sama je konsep jadi murabbi. Ahha, kenapa pulak?


  1. Mengubah
    Kuasa merubah bukan pada kita tetapi hanya pada Allah. Menjadi dietitan, kita kena mengubah cara hidup pesakit yang kurang sihat kepada lebih sihat bagi mengelakkan dari penyakit yang dihadapi makin teruk dan meningkatkan kualiti kehidupan dari segi sosial, kewangan, psikologi dan sebagainya. Manakala menjadi murabbi, kita nak cuba membantu mutarabbi mengubah dari menjadi robot kepada menjadi hamba, mendidik menjadi seorang Islam bukan pada ibadah mahupun adat semata, tetapi juga kepada menjadi Islam sebagi ad-din, sebagai cara hidup.
  2. Mendidik, bukan menyampai ilmu
    Di zaman yang celik IT ini, terlahirlah masyarakat yang bijak mendapatkan informasi di hujung jari! Bila kita cerita pada pesakit/klien bahawa makan makanan di luar adalah kurang elok berbanding home cook meal, depa semua tahu. Bila kita cakap, kena makan sayur banyak, susu kena minum at least sehari satu gelas, riadah perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Benda tu dah jadi macam klise! Tapi macamana nak educate klien untuk faham kepentingan ni untuk diri depa? Sama jugak, jadi murabbi ni bila kita cakap pada mutarabbi kita sebagai muslim perlu patuhi perintah Allah, kena pakai tudung, kena selalu baca al-quran, kena selalu dekat dengan Allah dengan perbanyakkan ibadah, perlu selalu muhasabah Iman dan sebagainya, benda tu orang dah bosan dengar! Tapi itulah kerja murabbi, macamana kita nak mendidik mutarabbi untuk faham dan bukan sekadar tahu. Faham. Faham kepentingan suruhan Allah dan larangan Allah, bukan sekadar meraih pahala dan menghindar dosa semata tetapi adalah kepentingan diri sendiri. Sungguh, apa yang Allah suruh kita lakukan, sedikit pun tidak mendatangkan keuntangan diriNya, tetapi adalah kebaikan diri kita supaya tidak menjadi orang yang binasa di dunia dan di akhirat. Bagaimana untuk mendapatkan kefahaman? Dengan cuba mengaitkan, relate sesuatu suruhan dengan diri kita. Barulah kita dapat buat. Barulah teori dapat jadi praktikal. Barulah ilmu bukan sekadar ilmu yang tak membuahkan amal.
  3. Change within yourself
    Macamana dietitian dah tunjukkan jalan dari A sampai Z, dari pengiraan jumlah tenaga yang diperlukan seharian, memberi cadangan makanan yang sihat, memberi cadangan untuk melakukan aktivi seharian, memberi pelbagai cadangan mengikut keperluan setiap pesakit dan penyakit. Kalau si dietitan ni rajin, sampai ke rumah dia selidik si pesakit untuk mengenalpasti setiap masalah yang dihadapi untuk memudahkan pesakit untuk berubah Tapi, yang mampu mengubah paradigma, persepsi pesakit bukan doktor, mahupun pharmacist, physiotherapist serta dietitan tetapi bergantung kepada diri pesakit itu sendiri. Sama jugak dengan murabbi, bekejarlah dia kehulur hilir dengan mutarabbi, teman adik-adik usrah suka duka, dengan tidak berkira sedikit masa, wang demi hanya mendapatkan perhatian mutarabbi. Walaupun menyampah si mutarabbi kepada sikap murabbi yang sering 'menggangunya', murabbi tetap menggangu sehingga kehilangan murabbi akan dirasa. Eh. Haha. Dengan segala usaha murabbi mengDF mutarabbi untuk kenal bukan secara luaran tetapi dalaman, emosi, perasaan adiknya demi memudahkan penyampaian dakwah kepada adiknya.
  4. Butang Yang Berbeza
    Fokus dietetian adalah untuk mengubah klien kepada gaya hidup sihat, focus towards food intake. Tetapi kenapalah susah sangat si klien ni nak dengar cakap dietitian? Pointnya, bukan salah klien yang degil tapi kita taktahu apa sebenarnya yang menjadi kerisauan klien. Mungkin kalau orang yang memang risau terhadap kesihatan, akan dengar nasihat dietitian. Tapi kalau orang yang ada masalah lain? Masalah keluarga? Masalah kewangan? Masalah kerja? Masalah hubungan? Macam-macam masalah yang sedang difikirkan oleh klien saat si dietitian menjalankan sesi kaunseling. Same goes to murabbi yang fokusnya supaya mutarabbinya menjadi seorang individu muslim yang kuat Imannya, hebat tarbiyah dzatiyahnya, tawazun dengan akademik, tersusun ibadahnya. Tetapi saat itu murabbi memberi taujihat, si adik sedang berfikir sedang ujian yang sedang dihadapi. Macam-macam ujian! Ada ujian remeh, ujian besar. Dan menjadi murabbi, kita sama sekali takboleh memperkecilkan setiap ujian yang dihadapi oleh orang lain. Mungkin baginya sangat sukar untuk dilawan, tetapi itulah tahap kekuatan yang Allah ingin duga. Selagi masalah serta ujian ini tak diselesaikan, sampai kesudah fokus utama tak dapat dijayakan. Setiap orang ada butang (button) yang bila kita tekan, baru jadi aktif. Oleh itu, kena teruskan mencari, mengenalpasti masalah yang sedang dia hadapi, barulah dia dapat hidup dan fokus kepada apa yang perlu dicari :)
  5. Konsep kaunseling
    Ada satu teori yang dipanggil transteoritikal yang menyusun setiap tahap manusia yang ingin melakukan perubahan. Bermula dengan pre-contemplation iaitu takde niat nak berubah, dalam fasa ni rasa macam in denial dan tak rasa percaya langsung dengan berubah mampu memberi kesan kepada kehidupan, kemudian contemplation iaitu fasa di mana dah sedar masalah yang sedang dihadapi tapi tak rasa mampu memberi komitmen untuk berubah secara keseluruhan. Selepas itu fasa preparation yang mana klien dah sedar kepentingan untuk berubah tetapi masih melakukan perancangan dan belum melakukan apa-apa tindakan perubahan. Fasa selepas itu adalah action di mana fasa ini klien sudah bersedia untuk melakukan perubahan secara praktikal. Terakhir adalah fasa maintanence dan pada fasa ini, kekuatan diri diperlukan untuk terus dengan perubahan tersebut. Jika klien tak mampu nak teruskan dalam perubahan, klien akan menghadapi fasa relapse, fasa kembali kepada keadaan asal. See, these theories is acceptable towards client and  mutarabbi. 
Haaaa banyak lagi sebenarnya. Tapi berlaku banyak gangguan sekarang dan idea dah tak berapa nak melimpah macam tadi. Haa, anyway. Setiap kali pergi kelas mesti ada ilmu yang boleh diguna pakai sebagai murabbi. Ceh. Ok bai.



1 comment:

Anonymous said...

Salam. Kak belajar kos dietitian ke?