Tuesday 16 February 2016

Hilang Keikhlasan?

Saya sedang scroll Facebook dan terlihat satu post oleh seorang graduan diet dari salah satu universiti di Malaysia. Beliau memberi sedikit nasihat-nasihat mengenai pemakanan dan cara senaman dan yang lebih utama, beliau menyediakan konsultansi diet untuk kurus dengan cara yang sepatutnya. Dalam page beliau, banyak testimoni klien beliau yang bergembira dengan hasil penurunan berat dalam masa beberapa minggu berdasarkan nasihat yang beliau telah berikan.


Sumber: Google

Lantas saya teringat perbualan rakan-rakan course semasa di universiti, mereka sedang berbincang untuk melakukan satu business menyediakan makanan sihat kepada sekolah. Saya memuji idea sebegini namun ada sedikit perasaan bersalahnya saya dengan ilmu yang tidaklah terlalu banyak tapi seolahnya dibayar dengan terlebih pula. Terus saya cadangkan kepada mereka, sebelum mereka nak memulakan business, apa kata mereka mulakan dahulu mengadakan satu page Facebook atau blog mengenai cara pemakanan sihat dan gaya hidup yang seimbang.


Mendapat Peluang Berceramah

Alhamdulillah, saya telah diberi 3 peluang untuk menyampaikan ceramah mengenai diet pemakanan yang sihat. Memang pada awalnya saya dijemput untuk ceramah yang pertama itu hanyalah untuk menggantikan dietitian yang tidak dapat hadir pada jemputan tersebut. Jangan tanya, merepek je saya bagi ceramah. Laju, penuh jargon, dan saya nampak memang tiada yang mendengar ceramah yang saya sampaikan. Mana tidak, saya kelihatan seperti pelajar sekolah menengah! Bukan setakat itu, ketika sedang menyampaikan ceramah tersebut, tiba-tiba saya dicelah oleh pengerusi majlis yang menjemput hadirin pada waktu itu untuk menjamah makan sambil mendengar ceramah. Haru! Tatkala semua bangun untuk ambil makanan, memang saya menjadi kecil di hadapan. Hanya kelihatan beberapa sahaja yang masih khusyuk mendengar ceramah saya. Haih, keluh diri saya. Gagal nampaknya pengalaman pertama saya ini.

Ceramah kedua dan ketiga adalah proses saya belajar untuk menyampaikan point-point penting secara efesien. Secara jujur, saya bersyukur diberi peluang ini untuk meningkatkan skill bercakap. Tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang saya nak sampaikan itu tertanam dalam fikiran peserta. Pada waktu ketua komanden kem tersebut mengatakan jika diikutkan jawatan penceramah dari luar, saya dibayar RM250/sejam. Kalau darab dengan tiga jam, memang hampir RM800 sekali saya dapat bayaran hasil dari ceramah yang telah disampaikan. Tetapi bila difikirkan, paling penting bukan berapa saya dapat tetapi adakah mesej yang saya sampaikan itu benar-benar difahami.


Ikhlas?

Saya tak layak nak menghukum sesiapa untuk meletakkan bayaran atas sesuatu yang saya fikir sepatutnya diberi percuma. Mungkin atas desakan kehidupan yang begitu gawat, yang menjadikan masing-masing berfikir, "How to make profit" more than "How to help others". Kelihatan ramai orang mengejar membuat perniagaan. Tak kiralah perniagaan menjual dadih, tudung, buku, jubah dan sebagainya. Tetapi saya rasa yang sepatutnya difikirkan untuk sebelum membuat perniagaan itu adalah, bagaimana untuk menyumbang pada masyarakat. Nampak seperti sama tetapi niat sebelum dan selepas itu memberi makna kepada perjalanan kita selepas itu.

Teringat pula saya dengan forum yang dianjurkan oleh pensyarah kami mengenai hala tuju seorang graduan dietetik selepas habis belajar. Salah seorang daripada ahli panel yang dijemput merupakan seorang dietitian yang mengusahakan bidang perniagaan. Ramai antara kami kagum bagaimana akhirnya beliau meninggalkan kerjaya seorang dietitian bagi meneruskan bidang perniagaan. Padahal, kerja sebagai clinical dietitian itu adalah impian bagi setiap dari kami. Oleh itu, ramai yang bertanya bagaimana nak memulakan perniagaan, bagaimana nak mendapatkan modal, apa yang boleh dijual dan sebagainya. Beliau berkongsi beberapa tips tetapi saya masih ingat nasihat yang diberikan pada kami ketika itu,

"Sebelum awak fikir nak berniaga, apa kata awak fikir bagaimana nak serve community secara percuma dahulu? Contohnya awak memberi ceramah di masjid atau sekolah secara percuma ke. Dari situ sebenarnya baru kita nampak need assessment untuk membuat perniagaan jenis apa."

Nak bagi percuma tu susah kalau kita fikir nak duit semata. Sebelum nak serve community as FOC, memang kena ada jiwa ikhlas dulu kot eh.




No comments: